Ads Top


Aku belum update cerita pasal pasang grill... 
haitu cuma bagitau tarikh pasang grill je kat dalam entri NI


Lepas husben aku wasap bagitau wiring rumah dah kena curi, aku sedih jugak lah sebab tak sempat grill nak siap...  


wasap dari husben bagitau wiring dah kena curi
6 Okt 1353pm.. aku baca wasap ni jam 1506pm..


lepas tu aku2 terus wasap Keon pulak nak tanya bila grill boleh siap... Keon bagitau esok 7 Okt siap semua...
aku tak bagitau Keon lagi yang letrik dah takda..




9 Okt Keon call aku dalam pukul 6.30 petang camtu bagitau 12hb hari Khamis pagi dia nak pergi pasang grill kat rumah.. Barulah aku bagitau dia yang wiring dah takda.. camna nak pasang? Tapi member ofis aku ada jugak kata orang buat keja pasang grill ni mesti dah biasa dengan kes wiring takda ni.. Keon mesti tau macam mana nak buat.. Alhamdulillah... keon tanya aku wayar hitam dari tiang letrik pasang ke rumah tu dorang potong tak.. aku cakap ada lagi.. so Keon cakap takpe.. boleh pasang... fuhhh!!! gembira la sikit.. 😄


Tapi hari Khamis 12hb tu dia tak jadi pasang. Hari Jumaat 13 Okt Keon call aku lebih kurang pukul 1.20 camtu bagitau aku petang ni dalam pukul 3 @ 4 camtu dia nak pergi hantar grill. Esok baru dia pasang sebab pembantu dia takda harini. Lori pulak esok takda... Keon sewa lori. Dia cakap nak hantar grill pastu nak ikat dengan rantai besi. Risaulah aku. Kalau hilang pulak besi grill yang tu, mana aku nak cari duit pulak nak beli lagi.. 


Aku terus cakap dekat Keon. kalau dah pergi hantar, baik pasang terus. Kalau hilang lagi nanti siapa nak ganti? oh ya, haitu Keon pergi ukur kat rumah, pintu dan tingkap rumah masih ada lagi.. aku pulak tak teringat nak bagitau dia yang rumah dah kena pecah.. tingkap pintu semuanya dah takda..


Keon cakap, satg dia pi hantar grill, dia tengok keadaan dulu macam mana..


So, petang tu hampir pukul 5 petang Keon wasap aku bagitau dia nak pasang hari tu jugak.


Aku terus call husben suruh dia pergi tengok orang pasang grill kat rumah. Pada mulanya aku rasa macam taknak pergi sebab dah pukul 5. nak siap2 lagi.. nak bawak anak2 lagi.. pukul berapa nak sampai kan.. tapi akhirnya, aku decide nak pergi jugak..


Jom tengok gambar Keon pasang grill kat rumah aku 😍😗😙



Keon pasang grill dekat sliding dulu.
sebab yang sliding teknikal sikit katanya..




keon sambung kabel dari sini.


grill pintu depan dengan dapur..


grill tingkap...


Grill yang lain dah diletakkan di tempat masing2..
tunggu pasang je..


Keon bagitau kami, elok je dia dengan lori sampai rumah, dia terkejut tengok rumah dah takda tingkap dan pintu.. malah pagar hijau pun dah takda.. sebab haritu masa datang mengukur, benda2 tu masih ada lagi.. 


Mengingatkan kata2 aku takut grill hilang lagi sekali, ditambah pulak driver lori pun suruh dia pasang grill tu terus bila tengok keadaan rumah yang sudah teruk, so Keon pun amik keputusan pasang hari tu jugak.. dia pun tak berani lah nak biar grill tu macam tu kan... lepas tu terus dia balik amik wife dengan anak2 dia untuk temankan dia di rumah aku.. huhu.. wife dia tolong buat kerja sama..



Masa aku sampai pukul6 tadi, elok je aku nampak wife dengan anak2 Keon berpiknik kat bawah garaj kereta depan rumah aku... tak boleh jadi ni.. tuan rumah pun tak merasa lagi berkelah macam ni hehehe.. alah... bukan piknik apa pun, just air dengan biskut2 je.. hehe..


Aku balik rumah dalam pukul 7 petang. Tak tengok Keon pasang sampai habis.. Husben cakap bila dah malam, dorang piknik kat dalam rumah pulak.. yelah.. gelap kan.. Husben pulak balik rumah pukul 1130 malam baru sampai.. dia cakap baru siap ja pasang grill tu.. 


Alhamdulillah... selesai dah satu bab... 



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.