Sunday, 3 September 2017

Kulit Jering Ubati Bisul Cara Kampung / Tradisional



Alhamdulillah...
 dah siap sarapan mee sanggul dengan teh o panas, si kecik Eshan pulak mengantuk dan baru je tido balik.. so bolehlah aku menaip entri sikit pagi ni.. 😊😊😊


Besarrr bisulll tuuu...


Along tak cerita pun dekat aku dia sakit kat perut.. sepanjang minggu lepas abah dia pun bizi dengan ekspo, anak pulak aku hantar pengasuh macam biasa...


Ada satu hari tu pengasuh bagitau aku Along demam masa aku pergi amik dorang balik.. aku tak pasti lak sama ada demam tu ada kena-mengena dengan bisul tu atau tak.. tapi malam dia tengok tv macam biasa je.. makan pun lalu macam biasa dan makan pun bertambah... 


malam hari Selasa baru aku tahu bisul tu kat perut dia.. tapi takde lah merah macam gambar ni.. saiz pun kecik je.. macam duit 20sen.. belum ada mata bisul.. sebab tu aku heran pulak kenapa naik biji camtu kat perut dia.. so aku pun buatlah ayat2 "ha, tulah.. mandi tak sabun betul2.." takpun "tu lah, mandi tak sabun cakap sabun, tipu ibu macam tu lah jadinya" so, disebabkan kami dah nak balik kampung hari Khamis tu, aku decide nak amik ubat kat kampung je. Amik air penawar.. 


Bisull dah pecah!


Balik rumah mak aku, dia tak bagi kami hantar bawak pergi hospital sebab hospital nanti dia akan cucuk hujung gunting untuk bagi bisul tu pecah.. lepastu dorang akan letak pulak kain macam jaring tu kat bisul untuk serap nanah.. 


dorang akan buat ulang kali sampai nanah habis dan tinggal darah.. ni bukan orang cakap, tapi mak aku experience sendiri masa abang aku jadi bisul kat peha dekat celah kelangkang/kangkang masa kecik2 dulu... lepas tu mak aku taubat taknak bawak anak pergi hospital dah kalau jadi bisul lagi.. kesian kat abang aku... time tu pulak takde sapa2 bagitau mak aku macam mana nak buat... 


Tapi bila adik aku jadi bisul kat dahi.... kat dahi 😂
 mak aku bagitau ada jiran kami masa kami tinggal dekat Kota Kuala Muda dulu bagitau suruh letak kulit buah jering ataupun kalau takde kulit buah jering tu, beli bunga rumput kat farmasi. Ada jual. Alhamdulillah... berhasil... tak payah tengok anak menggelupur dah kalau bawak pergi hospital tu.. 😊


So, disebabkan kat rumah ada kulit buah jering tu, so kami decide guna cara ni dulu.. mak aku buat. Aku tengok. Belajar. Amik kulit jering tu dan gosok bahagian hitam kulit jering tu dekat belakang/tapak lesung batu yang kasar tu. Letak air sikit supaya kulit kering tu jadi bancuhan yang pekat. Lepas tu sapu bancuhan pekat kulit jering tu di sekeliling bisul kecuali mata bisul... 


Nampak kering je bancuhan tu kat bisul tu, maka kena buat lagi lah bancuhan tu.. sapu lagi.. sehari 3-4 kali sapu.. sapu lepas mandi.. mandi pulak biar kena bisul tu dengan air dan jugak sabun.. tak payah cover bisul tu.. alhamdulillah... macam kes anak aku ni, sapu kulit jering tu tak sampai 2 malam dah pecah bisul tu.. dah pecah bisul pun nanti mandi jangan cover dah bisul tu.. biar dia kena air dan sabun2 tu.. sekarang Along pun aktif dah main lego.. kalau tak terbaring je sambil cover bisul dengan bantal... dia pun semangat nak cepat sembuh sebab tak nak ponteng sekolah 😊


Ok. Tu je nak share. 
Tengkiu reading.
 Tengkiu LIKE. Tengkiu SHARE post ni.