Saturday, 2 September 2017

Kain Batik



Banyak rupanya kain batik aku.. 


Masa tengah kemas-kemas baju masuk beg nak balik beraya di kampung kelmarin, aku perasan banyak kain batik yang masih baru aku ada tapi tak pakai lagi dalam almari tu...


Mulanya aku releks jelah sebab ingat semuanya belum berjahit.. sekali aku saja le check rupanya ada banyak yang dah berjahit! Lohhh!!! Arrr rugi... ingat dah pakai semua... 


Ni kain yang dah siap berjahit dah...


Sebenarnya kain batik ni semua bukan aku yang beli.
Tapi husben aku yang belikan. Dah banyak tahun dah dia beli. Aku rasa ada lah lebih dari 5 tahun lepas.. huhu.. Tu pun masa dia kerap kena pergi outstation kat Kelantan dan Terengganu dulu... sekarang dah jarang pulak... 


Ni pulak kain batik yang belum berjahit..
Banyaklah pulak... 


Baru-baru ni banyak kain batik aku yang dah koyak.. ada lah dalam 3-4 helai yang dah koyak.. benang dah nak reput kot... satu aku buat kain alas kaki kat bilik tidur.. satu aku buat alas papan seterika, lagi 2 aku ingat aku takde buat apa2 lagi... plan pun takde lagi.. nanti aku google lahh idea dalam google tu.. kalau takde idea sangat, aku buat kain buruk jelah... 


Banyak kan? Ke korang rasa sikit? 


Ok. Tu je nak update. Tengkiu reading... 
Ada yang dah balik rumah masing-masing dah ke?
Aku balik esok. Ok. Bye! 😊😊😊