Ads Top

Trekking & Camping Monkey Beach Penang


Wahhh... dah lama tak conteng-conteng dalam belog ni.. jiwa kacau hati tak tenang sebab ada masalah sikit kat ofis.. surat original yang dipos tak sampai kat ofis aku. Surat tu dipos dari KL.. dan surat tu pulak diperlukan untuk luluskan bayaran claim aku pulak.. so, nak up story pasal trekking dan camping dekat Monkey Beach, Taman Negara Penang pun tak jadi la... 


Tapi bila mengenangkan yang belog adalah bisnes, so aku kena up jugak story trekking Monkey Beach haitu.. means bisnes must go on la 😊 tak boleh down lama-lama kaedahnye.. cewahhh... 


Trekking & Camping 
Monkey Beach, Taman Negara Penang.
11 - 12 Ogos 2017


XPDC trekking Monkey Beach, Penang


Aktiviti kami berjalan 2 hari 11hb dan 12hb.
Tapi disebabkan ramai jugak yang tak boleh bermalam, so sebahagian bergerak 11 haribulan, manakala sebahagian lagi bergerak 12 haribulan. 


 Sesiapa yang gerak 11 haribulan naik kereta sendiri. Lepas tu sampai Taman Negara naik bot ke Monkey Beach. Sesiapa yang bergerak 12 haribulan kena naik bas jabatan yang disediakan. Lepas tu kat Taman Negara tu tak naik bot tapi kena trekking ke Monkey Beach... aku tak boleh join sehari awal sebab husben oustation sampai Jumaat. Sekarang musim hujan, so dia tak balik la rumah malam tu sebab bawak motor je.. Sebab tu aku tak boleh nak join pergi sana 11 haribulan tu.. teringin jugak nak bermalam tepi pantai.. tapi dah takde rezeki... tu pun aku tak sempat jumpa pun dengan dia pagi Sabtu tu.. ☺


Bas kami bergerak 7.05 minit pagi dari jadual asal 7.00 pagi.. pukul 5 pagi aku dah bangun tido dah. Lepas mandi dan packing barang anak letak kumpul dekat pintu, aku minum milo panas cecah biskut jap kat dapur.. anak-anak tido lagi time ni..  dalam kepala ingat nak solat kat ofis je sebab takut subuh masuk lewat.. lepas tu teringat nak check kat esolat. Rupanya Subuh masuk 5.54 pagi. Tengok jam kat tangan dah 5.52. Lega... elok tinggal seteguk je lagi milo dalam koleh tu azan pun berkumandang.. terus solat... alhamdulillah... dipermudahkan..


Aku gerak keluar dari rumah pukul 6.15 pagi.
Tengok keliling rumah sunyi je.. anak-anak pun mudah je bangun tido. Ada ahli trekking kami yang tinggal kat rumah selang sebelah dari rumah aku, Puan Yati gelap je rumah dia aku tengok.. tapi nampak cerah kat bahagian dapur.. lepas tu, aku singgah kejap kat gerai kuih tepi jalan.  Beli kuih untuk anak aku dan jugak sebungkus nasi untuk makan tengah hari kat Monkey Beach nanti.. 


Warming up...


Bas kami sampai Taman Negara Pulau Pinang jam 9.05 pagi tanpa henti di mana-mana kecuali di Tol Masuk Sg. Petani Utara sebab ada sorang lagi ahli trekking naik kat situ.. lepas dah register nama nak masuk Taman Negara, kami buat warm-up sikit....


Kami berlepas masuk ke Taman Negara jam 9.54 pagi. So start trekking.



Aku sampai kat sini jam 9.57 pagi. Sebab tak jauh pun dari pelepasan tadi.. Tapi kena jalan laju sikit la.. ni nak selfie pun kena laju-laju sebab cuma 3 orang dari kami kat sini termasuk aku. Yang lain kat belakang lagi tengah seronok bersembang..


Kat hujung jambatan ni, ada 2 cabang jalan.
Kanan ke Monkey Beach, kiri ke Pantai Kerachut. Nak selfie kat sini pun tak sempat.. sebab ramai sangat nak selfie.. 


Trek ke Monkey Beach 
(sebelum Jambatan Sungai Tukun)




Jambatan Sungai Tukun.
Aku sampai sini 10.05 pagi.. Member aku berdua tu rehat sekejap sementara aku yang ala-ala fotographer Bernama TV ni sibuk ambil gambar Jambatan Sungai Tukun kuikui...


Lepas tu sambung trekking lagi.




Jambatan kayu kat sini. 
Berhenti snap gambar pantai kejap. 
Dalam 2 minit sambung trekking lagi...


Akhirnya kami pun sampai kat sini.. 
Jetty Muka Head..


Ramai member aku puji gambar ni..
Aku pun suka gambar ni 😄






Betul-betul dengan Jetty Muka Head ni adalah CEMACS-USM iaitu Pusat Kajian Samudera dan Pantai - Centre for Marine and Coastal Studies. 


Aku sampai sini jam 1025 pagi... gila tak sabar nak sampai Monkey Beach bila tengok view pantai kat sini yang berpasir putih... cantik... subhanallah...


XPDC trekking Monkey Beach, Penang
Amik gambar kat atas Jetty kejap. 
Nak pergi sampai hujung jetty takleh... Sebab tu bukan fokus utama... nanti sesat kena tinggal baru tau... hehe..


Aku sempat jugak lah selfie secara ekspress kat sini..
Dapat le 2 keping gambar selfie yang agak memuaskan hati... 😊 member aku Ida (bukan orang belakang aku tu. Yang tu Yus) menyesal sebab dia tak ingat nak snap gambar dengan pantai... loh!


Meh nak tempek sekeping dua gambar kat sini...

XPDC trekking Monkey Beach, Penang


XPDC trekking Monkey Beach, Penang


Kalau nak bawak anak trekking, aku ingat sampai sini je paling sesuai... sebab trek selepas tu sangat mencabar bagi kanak-kanak.. kanak-kanak sekolah rendah... kalau sekolah menengah aku rasa okay...


Ada jugak bot yang berhenti kat sini je. 
Tapi tak sure lak sama ada dia bawak pelancong atau bawak scientist USM.. tak sempat nak interview.. kan dah gitau tadi aku tak sempat nak pergi hujung jetty kekeke...


Sampai kat sini group aku bertiga tadi dah bercampur dengan orang luar. Sambung trekking lagi masuk dalam hutan lepas jumpa pantai ni. Trek dalam ni lebih mencabar berbanding tadi. Tapi still biasa-biasa ja pada aku. Sebab tu aku cakap tadi, untuk bawak budak sekolah rendah tak sesuai trekking selepas jumpa CEMACS USM ni. 


Jom layan gambar lagi! 😊




XPDC trekking Monkey Beach, Penang


Trek ni jadi lebih mencabar tambah-tambah kalau hujan malam tadi.. apa pun, kena hati2.. 


Aku selamat sampai ke Monkey Beach jam 11.03 minit.  Dalam 1 jam 9 minit aku trekking plus minus dok selfie bagai... boss aku bagitau trekking dianggarkan complete dalam 1 jam 15 minit. Alhamdulillah. Berjaya sampai dalam waktu ditetapkan. 


Trek pun tak susah. Actually trek yang disediakan pun bukan dalam jauh ke dalam hutan tebal. Cuma melalui tepi-tepi pantai sahaja cuma trek nya still dalam hutan la.. apapun, safety first!


Sampai-sampai je terus buka kasut sport dan stoking. 
Masanya untuk pakai selipar pulak hehe.. 


XPDC trekking Monkey Beach, Penang
Kasut dan beg ni dah berusia 2 tahun lebih dah. 
Beli pun sebab nak pergi Sabah haitu. Kasut tu dah tiris tapak dia. Beg pulak dah carik sikit kat depan. Tak boleh dah letak barang berat-berat... sobsss...


Setengah tongkol jagung...


Baru je duduk sambil bersembang dengan boss yang dah datang sejak semalam, tetiba sorang member ni yang jugak bermalam malam tadi hulur sepinggan jagung rebus. Aku amik setengah tongkol jagung. Alhamdulillah. Layan. 


Ni nak rekod timing masa sebelum dan selepas trekking haitu..


5.00 - Bangun tido/Siap-siap/Sarapan ringan.

5.54 - Solat Subuh.

6.15 - hantar anak ke Pengasuh.
        - beli kuih untuk anak dan nasi untuk lunch di 
          Monkey Beach.

6.45 - sampai ofis/park kereta.

7.05 - bergerak ke Taman Negara Pulau Pinang.

9.05 - Sampai Taman Negara Pulau Pinang.
        - warming up.

9.54 - Start trekking ke Monkey Beach.

9.57 - Sampai Titi Gantung.

10.05 - Sampai Jambatan Sungai Tukun.

10.25 - Sampai Jetty Muka Head CEMACS USM.

11.03 - Sampai Monkey Beach.



Ok. Tu je nak update. Tq reading...








Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.