Ads Top

Projek Makan Durian





 Haihhh..
Cerita dah lebih seminggu baru ada seru nak up dalam belog... bukan sebab apa, tapi sebab mood tetiba ke laut!! Terus rasa malas nak update apa-apa prfftt..


Straight to the point, 26hb haitu kami ada buat makan buah durian kat opis aku. Buah amik yang luruh dalam kawasan pejabat and topup dengan yang beli sikit.. pastu pakat-pakat makan ramai-ramai.. 😊😊


Sesi mengopek buah durian...


Bos aku bagitau suruh buatkan pulut durian sehari sebelum tu. Tapi durian, dia dengan staf lelaki yang akan uruskan.  Dengar cerita durian yang luruh tu dorang kumpul sejak minggu ni. Dapat le 2 baldi je kahkah.. sebab tu beli tambah tu 😁😁


Senyum le dapat rasa durian seulas! hihi..


Durian tu kami kopek dan biar dia duduk dalam pangsa dia sendiri. Nak makan nanti amik sendiri huhu.. Tapi pulut tu kena sendukkan masuk ke dalam mangkuk siap-siap.. takut tak cukup.. 


Durian dah layout... 


Durian yang aku snap ni adalah durian dalam kawasan pejabat. Masa durian yang kami beli tu sampai, aku tak snap dah.. meja pun dah crowded dengan pulut dalam mangkuk kecik-kecik tu, so kena lah tolong dorang adjust-adjustkan bagi cukup ruang nak letak hehe...






Durian tahun ni... 


Gambar time baca doa dengan makan aku tak sempat nak snap. Yang ni jelah gambar yang ada nak buat kenang-kenangan pun sobsss... 


Alhamdulillah... rezeki dikongsi bersama. 




Tahun ni, buah durian aku dah makan. Cuma cempedak je belum lagi. Buah cempedak ni aku suka makan dari dusun tok dengan tokwan aku. Sebab ulas dia kecik-kecik bulat-bulat.. comel je.. tak berapa suka buah yang isi dia macam nangka tu.. Dah musim nanti, bolehlah balik kampung amik buah cempedak pulak.. in shaa Allah...



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.