Saturday, 10 June 2017

Bubur Lambuk





Khamis minggu lepas, ada aktiviti kacau bubur lambuk di tempat keja aku. Alhamdulillah.. rezeki haritu bawak balik 5 bekas bubur lambuk.. 3 sendiri punya lagi 2 tu member ofis bagi kat aku.. so aku bagi kat pengasuh sebekas dan jiran ku sebekas.. 


Sebelum dituang bahan tumis ke dalam bubur.


Bubur lambuk ni kami buat jenis 'tumis darat'. Aku lebih prefer jenis biasa berbanding jenis ni sebab lebih ori rasa dia dengan santan fresh... jenis tumis darat ni lambat sikit la nk habis.. sampai hari ni ada lgi sebekas bubur lambuk tu dalam peti ais.. aku suka makan bubur jenis tumis darat dengan sambal ikan bilis.. 😘 kalau jenis biasa tu tak payah sambal ikan bilis pun boleh habis licin sekejap je! Hehe..


Bahan tumis


Bahan tumis dah dituang ke dalam bubur.


Bubur lambuk tumis darat.


Bulan puasa ni dah 3 kali kami dapat bubur free.. 
satu aku dapat masa singgah kedai hardware lepas keja minggu pertama puasa nak beli kepala paip baru. Tuan kedai tu bagi bubur kat aku dia amik dari masjid kot.. huhu tak sangka aku singgah kedai hardware pun boleh dapat bubur lambuk.. rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka namanya tu hehehe...


Kali kedua husben aku pulak dapat..
sambil shopping beli air soya dengan kuih kat anak, ada orang hulur bubur lambuk kat dalam bazar ramadhan tu.. tapi bukan bazar kat umah kami ni, bazar kat area ofis dia kat seberang jaya tu...






Kami bertiga ni kebetulan pulak pakai tema biru haitu.. 😊


Masuk kali ni dah 3 kali lah kami dapat bubur lambuk.. banyak pulak tu.. pagi tadi aku sahur makan bubur lambuk je semangkuk tambah sambal ikan bilis.. tak pulak aku rasa lapar macam selalu.. pelik ni! Bubur lambuk dah tinggal sebekas je lagi.. berbuka dengan sahur nanti habis lah tu.. hehe.. alhamdulillah...


Kenangan mengacau bubur lambuk Puasa 2017


Korang dah kacau bubur lambuk ke tahun ni? 😉