Ads Top


Ahad lepas sebaik saja aku dah ready nak pergi keja, start kereta tetiba enjin takmo hidup.. bateri buat hal lagi.. arghhh!!!


Baru teringat bateri baru tukar masa aku tengah pregnent haitu... bulan 12 tahun lepas. Baru lagi ni.. belum setahun dah buat hal bateri ni! Hmmm... mujurlah husben aku keja kat Penang, dia cuti Ahad kan so bolehlah hantar aku pergi keja. Sebelum tu berangkai 4 beranak naik motor pergi rumah pengasuh... sejukkk nye kena angin pagi-pagi! 😊


Tengahari tu husben minta kedai pergi 'jump' kereta.
 Tapi jumper dorang kedai lain branch dorang pinjam. So, husben aku keluarkan bateri tu dan bawak ke kedai untuk dicas.. pukul 3 dah siap cas dan kereta pun dah hidup macam biasa.. mujurlah boleh cas.. kalau tak boleh cas kena tukar bateri baru.. mujur bateri masih under warranty sebab belum sampai setahun kan... taklah risau sangat duit melayang pasal kereta time-time dekat nak raya ni huhu.. 


Macam biasa, kalau bateri dah keluar, kena buat tuning laa.. nak set balik system dalam kereta tu.. so kami ke kedai repair Amoil dekat Pekan Baru. Sebab dekat situ je yang boleh buat tuning dekat SP ni yang aku tahu...


Bateri kereta buat hal lagi!!!

Taukey tengah buat tuning... 
Tuning ni secara computerized... 
Hubsen aku penah bersembang dengan pekerja kat kedai repair keta Bolomous dorang bagitau mesin ni harga dia belas-belas ribu jugak la... Bolomous tak buat tuning.. sekarang tak tau la dah ada ke tak.. 


Kami pergi buat tuning ni hari Isnin sebenarnya...
Isnin kan cuti Nuzul Quran bagi Penang. Nak pergi hari Ahad petang semalam lepas bateri siap cas tu takut tak sempat lak... kan sekarang ni bulan puasa.. lagipun kan haini husben cuti Nuzul Quran... Kami sampai kat kedai buat tuning pukul 3 petang. Husben amik aku kat ofis pukul 230pm. Kena pergi awal sebab petang nanti dah sibuk nak memasak untuk berbuka kan.. keja half day la haitu...


Masa drive pun dah rasa macam minyak tak masuk masa tekan pedal minyak... memang rasa tak sedap la nak drive sebab keta bila tekan minyak taknak laju, bila lepas pedal, melaju pulak dia... hmmm.. sebab tu kena buat tuning. Sebab setting kereta dah lari!


Lepas dah siap tuning, dorang check bateri kereta aku. Result seperti di bawah ni.. 


Bateri memang cas penuh dah... 100% 
Tapi... bateri ni sebenarnya tak ok.. 
Health check dia cuma 60% jer.. separuh tu..
Separuh sihat, separuh tak sihat.. prftt...


Taukey dia advise kami suruh pergi balik ke kedai bateri tu dan mintak dorang tukar bateri baru. Sebab masih under warranty. Lagipun bateri ni tak ok dah. Nanti lepas 6 bulan tak sampai.. dia buat hal balik. 


So, sebelum kami gerak ke kedai bateri tu, kami minta dia tengokkan jap air wiper kereta ni. Tekan takmo keluar air.. rupanya ada part/komponen dah rosak. Kena ganti baru..


Bateri kereta buat hal lagi!!!



Air wiper tu dorang buang. 
Part yang rosak tu aku tak snap pun.
Ada lah besar-besar kepala paip je..


Lepas tu dorang topup kan minyak stereng..






Total buat tuning, topup minyak stereng dan jugak wiper tu tak mahal pun. Baru RM88 je. 




Ingat nak tukar minyak enjin dengan minyak auto jugak, tapi memandangkan urusan bateri kereta ni tak selesai lagi, so kami KIV dulu la.. lagipun boleh jugak simpan untuk raya 😅


Lepas tu kami bergerak ke Bujang pulak. 
Ke kedai bateri. 


Bateri kereta buat hal lagi!!!
Bateri lama.


Bateri kereta buat hal lagi!!!
Bateri baru


Proses tukar bateri ni dibuat tanpa mematikan enjin kereta.
Taukey kedai tuning tadi suruh buat macam tu. Tak kena bayar apa-apa pun kat sini. Alhamdulillah... lepas dah selesai urusan dalam pukul 415pm camtu, kami gerak amik C'Ah dengan Eshan.


Bateri kereta buat hal lagi!!!
Bateri lama. Start guna 8/12/2016.



Ok. Tu je nak update. 

Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.