Thursday, 18 May 2017

Tips Cepat Buat Sambal Belacan Cili Potong-Potong


Sambal aku hari ni... 😊 
Korang dinner apa malam ni?




Mungkin ada antara kita yang dah kuar cari kedai Steamboat.. Nasi Arab... Chicken Chopped ke... sengaja nak perabihkan duit sebab mentang - mentanglah dah nak gaji minggu depan kan? 😃 kalau yang bro tu konfirm lepak kat Mamak.... Port menonton EPL hehe.. Club apa korang suka?


Menu dinner aku malam ni simple je. Tu pun dah puas dah sebab makan nasi panas-panas dengan sambal belacan cili potong-potong bersama ayam goreng bersalut kicap Mudim kekeke... ada timun sejuk baru kuar dari peti sejuk tu lagi syokkk nak makan... Tapi malam ni aku guna petai bakar je sebagai ulam... petai free 3 papan orang bagi huhu...


Eh, nak share resepi jugak la... hihi..


Sambal Belacan Cili Potong - Potong


1. Cili padi merah ~ 5 tangkai
2. Cili padi hijau ~ 3 tangkai



Kedua-dua bahan ni dipotong-potong kecil sahaja. Jangan tersilap pegi potong halus macam diracik-racik tu lak.. nanti tak nampak dah cili tu sebiji-sebiji dalam sambal. Tak seram jadinya... sebab motif buat sambal jenis ni adalah untuk memberikan efek seram bulu roma dan meremang bulu tengkukmu... kehkeh.

Kalau ada cili burung, taruk le dalam 2-3 tangkai kalau kau rasa cili padi atas ni tak cukup memuaskan nafsu makan pedas kau.



1. Bawang besar saiz telur
 ~ dipotong memanjang.




Ok. Bawang besar jangan banyak sangat. Banyak sangat bawang nanti pahit lak sambal ni. Amik saiz telur ayam je. Bukan saiz telur unta. Kalau letak bawang saiz telur unta nanti sambal ni dah tak jadi nama Sambal Belacan Cili Potong. Jadi Sambal Belacan Bawang Sebesar Telur Unta Potong - Potong kekeke.. so, jangan nak memandai-mandai olah resepi k!


Ok. Lepas dah potong semua ketiga-tiga bahan tu masukkan ke dalam mangkuk. Saiz mangkuk tu macam saiz mangkuk masa zaman kau student dulu  dok makan meggi malam-malam. Asyik lapar je perut kan? Hah! Saiz tu lah... aku dulu makan bihun PAMA je. Meggi kari takleh beli buat stok kang member asyik nak beli loose kat aku jer memanjang! Tensyen aku. Nak menapak gi KOPIP tak nak. Eh! 😅


1. Belacan ~ sebesar 2 ibu jari
2. Asam jawa ~ sebesar 2 ibu jari
3. Garam ~ 1 1/2 sudu teh
4. Gula ~ 1 1/2 sudu teh
5. Air suam ~ 1 cawan kopi

Lepas tu taruk semua kelima-lima bahan kat atas ni dalam mangkuk tadi. Aku tak snap gambar belacan dengan asam jawa. Sesiapa yang tak kenal belacan dengan asam jawa ni memang berat nanang!!! 😥


Ok. Part ni paling best. Dengan menggunakan kelima-lima jari kanan yang dah bersih, kau picit-picitkan semua bahan dalam mangkuk tu secara RANDOM.

Tak payah nak picit asam jawa tu asing dalam bekas lain pastu tapis lak bijik dia then masuk dalam mangkuk okay.... tak rock sangat ahaha... Korang biar je bijik asam tu dengan kulit bijik asam tu sekali dalam mangkuk tu dan hidangkan terus. Baru CARA!!!! hehehe... ok yang tu TIPS CEPAT BUAT Sambal dari aku.

Last sekali masukkan setengah biji tomato. Pastu gaul rata dalam mangkuk. Ok.


Sekian. Resepi sambal versi aku. 

Cepat. 
Pantas. 
Tuntas.


Selamat meng'RoCk' okay 😎😎😎

See you next entri bebeh!!!