Monday, 15 May 2017

Skirting lantai (part 1)


Hai hai hai...


Dah lama aku tak bersembang dengan korang dalam belog ni kan? Dari 8 Mei haitu janji nak up entri tapi hurrmmm hampehh!!! entri baru tak muncul-muncul jugak bak kata orang... janji dicapati? 😂


Disebabkan aku enggan digelar sebagai mamak penebar roti capati, maka haini aku nak up entri satu! Lagipun belog tak boleh tinggal lama-lama tak bertulis takut nanti minat tu hilang... kenalah istiqamah kata orang hehe.. so, aku nak cerita pasal progress renovate umah.. Khamis malam lepas, aku ada wasap Kak Su tanya bila dia boleh siapkan keja renovate kat umah aku tue. 





Lepas tu aku gitau dia yang aku nak masuk barang sikit-sikit dulu kalau grill dah siap.. yelah kan, rugi je rasa pegi tengok umah dengan tangan kosong. At least aku bawak lah barang sikit-sikit macam pinggan mangkuk, tupperware, baju yang jarang aku pakai tu ke... ke rumah tu siap-siap.. nanti nak pindah takdelah penat sangat time tu nak mengemas barang kan.. 


 Dah dapat info camtu, so Sabtu lepas aku pergi tengok rumah. Saja nak pastikan keja dah dibuat.. 
gerak dari rumah pukul 10 pagi sebab tunggu husben balik dari hospital dulu. 😊


Sebenarnya aku nak pastikan perkara yang pernah aku cerita kat entri ni dibuat.. so let's check it out!!!


1. Skirting kat ruang tamu baru (luar)


Sebelum


Selepas  



2. Skirting kat ruang tamu baru (dalam)


 Sebelum

 Selepas


Alhamdulillah... part skirting yang aku cerita kat entri dulu tu dah dibuat. Cuma part yang belum settle lagi adalah cat undercoat kat dinding luar ruang tamu baru dengan ruang atas sliding door jer. 


3. Cat undercoat kat luar ruang tamu baru
~ belum dicat habis sebab lupa bawak cat...

 



4. Ruang atas sliding door.
~ tak boleh letak simen sebab berat takut sliding door patah. Hmmmm..




Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukurrr...
Risau jugak kalau kena game kan..  maklumlah banyak dengar cerita tak best pasal tukang rumah bangsa Melayu ni kan... dahlah aku tak fussy dan mudah dalam hal ni.. sebab aku sedar bajet aku pun tak banyak mana kan.. tapi takut jugak lah kalau dorang amik kesempatan sebab aku tak tegas ke ape ke kan... ☺


Tapi memang diakui,
ada jugaklah rasa tak sedap hati tu...


Nanti aku nak up lagi cerita yang satu ni.
Aku ingat aku dah up, tapi lepas check entri rupanya belum up lagi stori pasal tu.. takpa, takkan lari belog dikejar... tapi readers mungkin lariii oiii kalau banyak hari aku tak update!!! ahaha...


So... see you soon bebeh!!!