Friday, 28 April 2017

Pecah Dinding


Morning uols!!!
Dah breakfast ke? 😊


Lama dah tak update belog time siang hari sejak aku amik Che Ah duduk dengan aku. Dah dekat sebulan setengah dah. Malam jer boleh update dengan tenang. Haini tetiba rasa nak update jugak walaupun kemungkinan anak ganggu tu ada.. kejap minta milo, kejap susu hehe...


Nak cerita sikit perihal kedudukan dapur yang telah aku tukar kedudukan asalnya. Nak lebih faham boleh baca dulu entri ni. Disebabkan perpindahan ruang dapur tu dari belakang rumah ke tengah sedikit, maka aku kena buat pintu kat dapur ni...


Ni adalah ruang asal bahagian dapur dan ruang makan rumah.




Aku cadang nak buat pintu kat sini. 
Jadi tingkap ni kena buang dan hack dinding sikit..


Pintu tu penting ada di situ supaya 'sync' antara dapur dengan laman tepi. Senang dan lebih dekat nak berangkut barang kalau nak barbeque kat luar. Kalau aku dahaga, masuk sekejap je dalam rumah untuk minum air sebab risau anak dekat luar tengah main. Nak ke toilet pun dekat. Risau anak kat depan takda orang jaga. Anak nak masuk minum air kat dapur pun takde lah lalui ruang tamu dengan ruang menonton dengan kaki kotor-kotor tu kan.. masuk terus melalui dapur je. Dekat dengan pintu nak keluar.


Lepas tu anak-anak lepas habis main kat luar boleh masuk terus ke dalam rumah melalui dapur ni so tak kotor la ruang tamu dengan ruang menonton kat depan tuu.. kalau time husben takda, nak memasak kat dapur senang sebab boleh sambil2 aware dengan anak2 kat depan tv tu.. gaduh ke ape ke kan... Nak lari ke depan tu pun jadi dekat sikit laa...


Ibu-ibu sungguh! Hahaha 😅


Lagi satu.. nak angkut dulang minuman kat tetamu di ruang tamu baru pun tak jauh la sebab ruang tamu aku kan dah pindah ke depan lagi... kalau ruang tamu dah ke depan lagi tapi dapur still di tempat sama nanti jauh lah aku nak berangkut semua dulang tu.. lagipun, kalau tetamu nak jenguk dapur aku pun takdelah sampai kena lalu depan bilik-bilik. Just 2 bilik je dia lalui.. lagi 2 bilik dia tak lalu.. privacy kononnya.. hihi..


Banyakkan sebab kenapa aku nak buat dapur di sini kan? Semua berdasarkan pengalaman aku di rumah sewa sekarang ni yang pada aku banyak kelemahan...




Pintu dah siap pasang.
Pintu ni siap dulu sebelum dapur. 


Aku cadang nak cat selang-seli color hijau putih kat pintu ni. Tapi husben cakap nanti nak tukar pintu ni ke bilik 4 dan nak tukar pintu jenis sekali dengan grill yang bertingkap kat sini. Sebab malam-malam time masak takkan nak buka pintu. Nanti aku update pintu tu bila dah tukar..


Lagipun, kalau kami ada modal nak buat beranda kat tepi dapur ni, tak perlu dah tukar pintu atas ni. Beranda untuk sidai kain, mesin basuh dan letak meja makan. Opened Air Dining Room katanya kekeke... tapi modal nak buat beranda belum ada. Modal nak buat pintu grill bertingkap adalah... sobbsss...



Tak sabar rasanya nak membasuh pinggan pagi-pagi sambil tengok laman rumah 😘😙😄


Pintu ni pun banyak lagi nak kena touch up.
Tingkap yang developer bagi saiz dia besar dan lebar. Tengok tu bila tingkap diganti dengan pintu nampak jelas kan beza saiz lebar pintu dengan tingkap? Kalau tingkap panjang dan tinggi tu cantik lah jugak kan. Moden sikit.. hehe...



Nampak tak beza lebar pintu dengan tingkap?


Close up sikit.
.
.




Nampak hodoh sebab tak sama lebar kan? 🤔
Haitu ada plan nak buang je cermin tu dan naikkan bata yang berlubang tu. Tapi husben cakap nanti gelap pulak area ni. Aku pun tak suka gelap dan buka lampu siang-siang.. rimas... so, kami biar je lah dulu.. hurmmm... ada idea tak? 


So, yang ni jelah yang aku nak update. Nak update satu entri jer amik masa sampai 2jam lebeyyy hahaha.. harap korang enjoy reading! 


See u next entri!!!