Thursday, 27 April 2017

Dapurku Yang Sebesar Biji Saga...


Haitu aku ada mention kat sini yang dapur aku hanyalah sebesar bijik saga jer.. maksud aku, dapurku bersaiz mungil... kecil...🤗


Sebab kenapa aku nak buat dapur kecil mungil ni aku dah cerita kat entri ni. Selain dari tu adalah sebab geram sangat tengok design dapur kecil yang comel sangat-sangat kat internet! Kiut sangat haihhh!!!


Sebelum buat dapur, aku selalu jugak google design-design yang ada kat internet. Dalam banyak-banyak design yang ada, aku tunjukkan design macam ni kat dorang untuk buat. 



Aku tengok design ni kat pinterest rasanya.


Design begini tapi tak semestinya nak buat material dan color yang begini jugak. Bajet tight 😂 Aku tunjukkan design tu just untuk bagi gambaran kat mana nak letakkan dapur memasak dan sinki. Dekat backspalsh tu tak letak design brick macam tu pun takpe. Lantai dapur tak payah nak parquet pun takpe...


Design lain yang aku jumpa kat google lepas tu..
Simple but nice... pujiii sangat!






3 design atas ni mesti ada tingkap dekat sinki.


Design kat bawah ni pun aku geram menengoknya.
Tapi takde tingkap kat sinki.
Amik kat pinterest.


Design kat pinterest memang awesome!!!
Loose bajet ok! 🤗


Tapi memandangkan dinding bilik ke-4 aku yang sebelah dapur tu kecik, maka dapur aku tak ikut design 100% macam gambar yang aku tunjukkan kat dorang tu la... Dekat tempat untuk letak oven tu dah terlebih makan ruang 'hallway' kat bilik 3 dan bilik 4. So, tak boleh buat tempat letak oven tu kat situ.


Ni actual dapur mungil ku... tarrrrraaa!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Suke sangat! 😉
Walaupun kitchen hood takda hihihi...
Aku amik color light cream untuk table top dan dark chocolate untuk cabinet... nyum3... hehe.. Yang kuning kehijauan tu atas cadangan dorang. Aku memang tak reti bab nak matching2 color nie... 


Kalau ikutkan untuk bagi nampak kabinet table top tu besar dan lebar, sepatutnya pintu kabinet ni dibuat melintang macam gambar contoh... dan bukan menegak macam yang aku buat nie.. 





Kalau buat lebar macam gambar contoh, macam aku buat laci lah pulak kan.. so, buat jelah menegak. Bab-bab nak decide buat laci ke.. compartment ke kat dalam cabinet table top ni memang aku tak pandai. Sebab kat rumah sewa sekarang pun aku rasa jarang aku amik benda apa2 kat bawah table top time memasak!


Sinki



Sinki kami tak guna yang developer bagi walaupun boleh guna balik. Sinki tu tak buang. Tapi pasang kat luar buat sementara. 


Sinki ni aku suruh je dorang belikan. 
Aku request nak sinki yang agak 'dalam' dan cuma 1 'kolam' sahaja disediakan. Teringin jugak nak pergi beli sendiri kat kedai tapi kesian pulak kat baby.. takut dia tak selesa dan demam sebab banyak main panas..


Kepala paip tu pulak kami recycle yang developer bagi. Kepala paip tak kritikal sangat nak ganti yang baru sekarang ni sebab kepala paip tu boleh ditukar bila-bila masa je nanti bila dah ada bajet untuk tu.. lagipun rasa macam rugi pulak nak buang..


Sinki ni dah selamat kami rasmi hehe..
guna masa nak basuh tangan lepas makan-makan masa kami pergi tengok progress rumah! 😀


Kitchen Hob




Haha...
 disebabkan dorang belum buang polisterin tu sebab keja lain kat rumah belum settle lagi, maka yang ni jelah yang dapat aku update buat masa ni 😎


Aku memang suka sangat dengan table top dapur ni.
Aku tak tanya pulak material jenis apa yang dorang guna tapi permukaan table top ni nampak sangat kemas dan cantik. Warna fav lak tu..


Dapur ni kami beli sendiri. 
Tak minta kat dorang untuk belikan. Jenuh jugak nak cari kedai bila nak tu.. time taknak, berjumpa elok jer kedainya huhu.. Akhirnya kami beli dapur ni kat area Lagenda Heights dekat dengan kedai biskut raya hehe..



Ada ke orang SP yang kenal uncle ni? 😄


Beli dapur harga RM315 je sobsss... 
Tu pun dah rasa seronok dah sebab dapat guna dapur baru nanti. Teringin nak guna dapur jenis tanam dalam table top pulak.. 


Kabinet Table Top


Macam aku cakap tadi, aku memang tak pandai nak buat compartment apa dalam kabinet table top ni. Tengok dalam majalah Dapur Impiana kebanyakannya dorang buat susun pinggan, mangkuk, sudu, garfu dengan pisau dalam laci kabinet table top nie..


Tapi aku macam tak minat pulak nak letak mendalah tu dalam laci... lagi puas rasanya kalau just letak pinggan mangkuk tu kat atas table top.  Jadi, kat bawah ni bolehlah aku letak barang dapur yang jarang aku capai macam jug, talam, periuk etc.. letak bekas beras pun ok.


So, aku just kosongkan je cabinet aku.
No compartment.. no rack..
Biarkan ia macam ni je... kekeke...



Bawah Kitchen Hob



Bawah Sinki


So, that's all berkenaan design dapur kecilku...
Dapur kecik comel jek... nanti kalau masak ramen ke.. kimchi ke bolehlah berangan dok Korea sebab orang sana dapur comel-comel hihihi


Ada ke sesiapa terinspirasi tengok dapur aku ni? 🙈



Jom revise balik sejarah keadaan asal ruang ni sebelum jadi dapur....




Ruang asal dari developer




Di ruangan ni dibangunkan Bilik ke-4 dan Dapur...




Gambar dapur diambil dari arah ruang tamu asal



Gambar dapur diambil dari arah pintu belakang






Alhamdulillah!


Projek dapur setakat ni dulu... 
Kena kumpul modal balik untuk buat fasa ke-2 projek dapur. Mungkin dalam 5 @ 6 tahun lagi. In shaa Allah.


Cuma plan nak buat lepas ni adalah nak letakkan para kat dinding. Yang ni nak DIY je... 😄 apa-apa pun, jom bersyukur. Alhamdulillah! (Ikut style sheila rusly cakap dalam Ketuk2 Ramadhan hehe)


See u next entry bebeh!!!