Sunday, 26 March 2017

Paip air kena curi!


Jom nak update sikit perihal rumah aku. 


Entri pasal bersalin dah ada dalam draft tapi tak siap lagi. Maybe dalam minggu ni aku cuba habiskan. In shaa Allah. Sedih pulak nak habiskan entri tu sebenarnya... 


Hari ni pukul 9.30 pagi aku keluar rumah untuk widhraw duit dari ASB. Lepas widhraw duit dalam pukul 1030 camtu aku dah sampai kat Petronas Laguna Merbok pulak untuk 'cash deposit' kan duit tadi dalam akaun Cimb ku. Pastu transfer pulak duit tu kat kontraktor bina/reno/tambah rumah.... 


sengaja aku tak bank in kan duit tu terus ke akaun dia sebab sebelum-sebelum ni aku just transfer duit dari cimbclicks ke akaun maybank dia. So just nak bagi ada keseragaman. Senang nak semak kalau ada apa-apa... 😊 lagipun kalau transfer dari cimbclicks, rekod dia digital. Boleh simpan lama-lama. Kalau bank in direct pulak, rekod dia dekat slip transaksi. Ink dia cepat pudar. So, tak berapa secure. 


Lepas tu terus balik rumah. Tak singgah mana-mana. Pergi dengan anak aku Che Ah dengan baby serta husben. Takda niat nak menyinggah rumah pun sebab semalam petang dah pergi tengok progress rumah tu. Pergi dengan semua anak beranak aku 😋 pukul 5 sampai dan balik pukul 7 petang. So far, puashati lah dengan progress rumah. Tengok bajet kita lah kan... 



Bincang sambil sembang-sembang dengan kontraktor sambil berdiri jer kat luar rumah.. al-maklum ler rumah tak siap lagi.. 😄 #alongfotographer



Bukti bersembang sampai pukul 7 malam. Hehe..
Mek Che Ah manja dengan abah dia. 3 bulan tak jumpa abah dia sebab mak aku jaga time aku pregnen dapat darah tinggi hari tu..


Dalam pukul 1.30 camtu dapat wasap dari kontraktor bina/reno/tambah rumah tu. Dia wasap kat aku gambar bawah ni. 



Meter air dah hilang! uwaaaa...
Meter air ni duduk kat bahagian luar pagar rumah. Dah hilang kena curi! 😡



Kepala paip yang kat dalam pagar rumah pun kena curi jugak!!! Penyamun tarbus betoi lah... kaya ka hangpa dok buat keja lagu ni wahai para penyamun oiii??!!! Kontraktor guna paip air ni untuk buat keja dorang. 


Disebabkan kes kecurian meter air dan kepala paip ni, terpaksalah kami keluar rumah lagi sekali. Pukul 3 lebih gerak dari rumah lepas husben hantar anak pergi kelas KAFA. Kami pergi pejabat SADA Jalan Kolam Air, Sungai Petani untuk buat report. Tapi officer kat situ suruh buat police report dulu barulah boleh report kat SADA. Dia mention kena bayar RM101.40 masa buat report tu nanti. Gerammnyer aku bila dengar kena kuar duit ni! Menyusahkan orang betoi lah penyamun ni!


Disebabkan paip air dah takda, kontraktor tak boleh nak buat keja lah hari ni. Duit baru jer aku bank in pagi tadi. Sabar jelah...


Lepas pergi SADA tu, kami tak terus buat police report memandangkan jam pun dah pukul 4 petang. Lagipun, leceh sikit sebab bawak anak-anak kecik ni. Time nak balik tu, tetiba anak aku si Che Ah tu cakap nak pergi rumah lagi. Memandangkan meter air dah kena curi, so kami pun ingat nak jenguk rumah jugaklah petang ni. Bila sampai, kami round dalam taman tu, rupa-rupanya banyak juga rumah yang meter air nya dicuri! Huhhh rupanya si pencuri ni buat operasi mencuri malam tadi kat taman aku ni! Wahai pencuri, insaflah!!!


So, esok husben cakap nak pergi buat report tu dan pergi SADA sendiri. Hopefully segala urusan dipermudahkan... hmmm... waktu kami tengah berjimat ni ada pulak celah-celah tu orang curi paip ni! Dugaan....