Tuesday, 28 March 2017

Bilik ke-4


Aku beli rumah 3 bilik sahaja. 
Teres. Satu tingkat. Ini je yang aku mampu. Janji selesa nak tinggal dalam rumah tu dan larat nak manage 😊 Manage dari segi interior dan exterior part dan tak lupa juga ekonomi jangka panjang...


Keluasan bukaan rumah aku cuma 20×45 kaki sahaja. Keluasan laman aku tak tahu pulak hehe...  ampunkanlah saya...


So, ni pembahagian ruang-ruang dalam rumah aku (plan lantai). Sama sangat macam rumah aku dok menyewa sekarang nie..




Disebabkan anak aku 4 dah (#alhamdulillah πŸ˜†) jadi aku sebenarnya perlu sediakan 5 buah bilik untuk diorang. Sekarang dah ada 3 bilik. Puas jugaklah aku merangka plan rumah untuk tempatkan kedudukan lagi 2 bilik tu. Kena rangka betul-betul sebab takmo kerugian dari segi masa dan wang. In shaa Allah. Kita hanya merancang...




Akhirnya aku decide untuk wujudkan 'Bilik ke-4' di bahagian 'Dapur'.  Tak penah dibuat orang kan? Hihi.. orang lain siap pecah dinding untuk extend dapur dan buat dapur besar-besar. Aku pulak dapur sekecik-kecik biji saga jer saiznye ehehehe...


Lagi pun, aku memang tak minat dapur yang besar dan memanjang. Lagi besar dapur, lagi jenuhlah nak manage.. lagi besarlah bajet nak buat KC..  Kalau adik beradik bertandang ke rumah ramai-ramai nanti bolehlah pakat-pakat bersiang bawang, ayam, daging, sayur-sayuran kat luar rumah ye... biar chef jer dok kat dapur hehe.. kenduri pulak masak gulai bagai konfirm kat luar kan?  Tak penah lagi orang masak kat dalam rumah. Dalam rumah boleh lah buat masak air... nampak tak logik di situ? Oh ya, aku beli rumah lot tepi. Time masak boleh buka pintu biar asap masakan keluar.. 


Lagi satu sebab.. bila kita tengok pada plan lantai, keluasan ruang dapur dan ruang makan menyamai panjang untuk dua buah bilik! Aku rasa macam rugi sangat-sangat jika ruang yang agak panjang tu dibuat dapur dan ruang makan semata-mata.. Bukan boleh tidur pun kat dapur.. lepas makan mesti nak tidur dalam bilik, tak pun menonton tv? Dah lah aku perlu sediakan lagi 2 bilik untuk anak-anak aku. So, tak perlulah ruang yang ada dibuat dapur besar-besar panjang-panjang. Kan?


Memandangkan aku juga peminat idea ruang makan terbuka,, so aku finalize kan keputusan untuk buat lain dari orang! Mak aku tak tahu lagi nie... dan aku pulak tak berani nak bagitahu idea nak buat dapur kecik ni kat dia. Kalau dia tau nanti konfirm dia tak setuju... hmmmm  tadah telinga jelah kalau mak kecam aku! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ seram lak membayangkan natijah nye nanti.. 


Tapi yang lebih seram, aku ni nak cerita pasal bilik ke dapur nie??? Haaa.... seram tak!



Ni lah bahagian dapur dan ruang makan yang disediakan oleh developer. Kelakor pulak tengok sinki kat hujung tue.. nak gelakkan tak sampai hati.. πŸ™Šdeveloper pun, bagilah sinki yang canggih-canggih sikit.. ni sinki standard developer bagi kat tuan rumah era 90-an nyer... sekarang dah y2k, sinki untuk rumah pun kena lah spec y2k jugak... malu! malu!




Husben kata nak buat satu sinki kat luar. 
Jadi, afdhal kita jangan membazir. Gunakan lah sinki lama gaya 90-an ni letak kat luar... aku tak pandang rendah sesiapa yang guna sinki ni kat rumah dia. Sebab ikut kemampuan kita lah kan? Tapi, kalau developer yang bertauliah dan hebat portfolio dia bagi sinki macam ni, memang harus diperli lah... so, aku nak perli developer sebenarnya... 😏


Ruang makan dan dapur ni buat masa ni telah melalui transformasi idea ke bentuk fizikal dah sebenarnya. Alhamdulillah... Siap minggu lepas lagi time aku berkursus di Selangor. Gayat jugak takut kontraktor lupa nak snap gambar 'in the making of' bilik keempat nie hehe.. 


ni gambar yang aku terima dari wasap kontraktor bina/tambah/reno rumah...




Kawasan untuk dijadikan bilik dah ditandakan.
Bata-bata pun dah siap diangkut masuk ke dalam rumah. Habislah mozek aku... jangan bancuh simen dalan rumah sudah! πŸ˜…πŸ˜…




Bilik pun dah siap plaster. 
Aku masa dapat wasap gambar ni, terasa macam 'eh, nampak kecik sangat lah pulak bilik nie..'


Aku dah risau takut tersalah buat keputusan. Nak wasap husben gambar nie terus jadi tak berani. Takut kena kondemn (perli). Selalunya kalau kontraktor wasap gambar progress diorang kat umah tu, aku akan forward balik wasap tu kat husben. 


Balik jer dari kursus, hari jumaat malam aku show gambar tu kat dia. Aku cakaplah risau sebab nampak bilik tu macam kecik sangat pulak... tapi husben aku cakap, kontraktor tu mesti dah 'baca' punya... huhu.. nasib baik aku tak kena perli dengan husben. Sebab aku sangat yakin dengan keputusan aku untuk buat bilik kat situ! Alih-alih risau pulak lepas tengok gambar.. so, Sabtu kelmarin kami pergi tengok progress rumah.. 


Alhamdulillah...
Takde lah kecik sangat... sedang elok je saiz bilik tu.. nak solat pun muat... nak solat berjemaah kalau husben n wife tu muat lagi.. tapi kalau nak solat jemaah dengan anak-anak dan wife dah tak muat lah... katil pulak muat jer untuk katil bujang... letak katil bujang ikea kaler putih tu mesti cantik... πŸ™„ 


Dah pergi rumah hari sabtu, ahad dan isnin tadi langsung tak teringat nak snap gambar bilik yang dah siap di cat 'undercoat'... errmmm... it's okay... in shaa Allah, nanti aku show off bilik tu dengan kos πŸ’ΈπŸ’°tambah bilik tu sekali dalam entri yang lain. 


Apa-apa hal pun... Alhamdulillah.