Ads Top

(PART 14) Admit Ward Kali Kelima (part 2)


Bizi sikit semalam. Nak update lagi story pasal darah tinggi dan masuk ward Hospital Sultan Abdul Halim ni berkali-kali pon tak sempat. Semalam pegi check telinga baby. Pukul 1130 baru selesai. Pastu pegi tengok umah. Tengah hari pon tak kisah. Bawak baby lagi.. Semangat betuii! Kunci belom dapat. Defect pon developer Jesin tak betulkan lagi. Tengok umah selang sebelah dari umah aku dah tambah bahagian depan umah sama macam idea yang aku plan nak buat lah pulak.. hehe.. ok lah tu, dapat jiran sehati sejiwa kekeke..


Jom sambung lagi story. Tengok blog pageview makin naik dan jugak visitor pun ramai, bertambah lah semangat aku nak update. Tapi kalau takda pon, aku akan update jugak. Kenangan terindah lah katakan.. cuma kalau ada komen2 dari kawan2 readers sekalian ok jugaklah.. baru rasa berseri sikit blog ni..  btw, TERIMA KASIH banyak yang tak terhingga kepada kawan2 readers yang sudi singgah dan baca stori aku. Entri panjang2.. hope korang enjoy reading my blog! Tapi aku tak tahu lah kalau ada yang bosan ke atau terus skip baca. Aku pon tak pandai nak tulis ringkas2. Alang2 dah ada benda nak cerita, cerita jelah panjang2 kan.. ringkas sangat nanti takut tak sampai apa yang nak dikongsikan. Ok. Lepas aku dapatkan mc dari nurse tu, kalau ikutkan aku kena amik ubat kat farmasi. Farmasi dekat jer dengan bilik consultation tadi. Tengok ramai sungguh orang beratur amik ubat. Gila! Dah pukul 1 lebih pon ramai lagi! Tak sanggup lak nak beratur.. perut pun boleh tahan lapar jugak ni.. 


 Tengok slip ubat yang doktor bagi tadi tulis ubat jenis Labetalol. O... ingat ubat lain. Ubat darah tinggi ni banyak lagi kat umah! Masuk hospital berapa kali.. Tiap kali discaj kena amik ubat ni. Boleh bayang tak banyak mana ubat ni aku ada kat umah? So, aku buat jahat. Aku jalan jer terus. Tak beratur amik ubat pon muehehehe... usyar jugak kat situ kot2 doktor tadi ada.. Tak pasal kantoi pulak. Aku ingat silap2 pukul 3 baru settle kot kalau aku amik ubat.. 😆😆


Biasanya dalam bilik consultation sebelum patient dapat balik buku pink dan boleh balik, doktor akan consult lah apa2 macam suruh rehat banyak2 ke, jangan lupa makan ubat ke, kalau pening terus datang ke hospital ke.. macam aku, doktor ada bagitau suruh datang balik esok. Means 12jan aku ada appoinment doktor lagi kat HSAH ni. Aku angguk jer. Nak bagi selesai cepat.. Tapi dalam kepala dah set. Esok taknak datang sini. Nak check bp kat klinik dekat umah jer. Rasa bengkek pon ada.. aku dah taknak admit ward, suruh pulak datang lagi esok. Esok kalo datang silap2 kena admit! Aku taknak admit sebab dah plan nak balik umah mak aku. Nak jumpa Che Ah... 



15jan tu kan cuti keputeraan Sultan Kedah.
Kedah cuti beb! Nak ajak family aku pegi jalan-jalan.. nak jalan sebelum bersalin. Nanti dah pantang 44 hari duduklah di rumah puas-puas..


Esoknya aku pegi klinik dekat umah. Macam dah heboh jer satu klinik ni dah tahu aku taknak admit semalam. Jumpa doktor. Doktor pulak tanya "sepatutnya hari ni pergi hospital kan?" Aku terpaksalah kelentong ada keja urgent nak buat. Kelentong sunat. Hahaha... oh tolonglah faham. Bukan nak aniaya diri sendiri atau baby dalam perut, tapi aku rasa aku perlu time with family. Just live happily and have no worry.. perut dah 34w++ tak lama dah nak bersalin. Takkan nak duduk wad sampai bersalin? Due date 26feb 2017. 11jan - 26feb. Sebulan lebih! Boleh kematu! Mana tak naik darah tinggi kalau macam tu... Orang darah tinggi ni kena gembira. Kan? So doktor cuma note dalam buku pink aku plan dia akan call HSAH untuk dapatkan date aku punye next appoinment. Nanti dorang akan bagitau. Pergghhh mujur doktor tak admit aku. Lega!!!


Sebelum balik dari klinik, nurse2 kat situ ada tanya aku pasal semalam. Dorang pon faham yang aku dah tak larat nak admit. Aku pon terkejut jugak macam mana dorang tau. Padahal aku pegi klinik tu takda cerita kat sapa2 pon. Nurse tu pon takda pulak belek buku pink aku ke apa, so macam mana nurse2 tu tahu kan? .. tapi tak heranlah macam mana dorang boleh tahu.. ada lah tu... hehe.. rasa macam budak nakal pon ada 😂😂😂



pre-eclampsia admit wad kali kelima

12jan BP 136/98 Urine Albumin NILL.


Eceli, BP aku agak tinggi masa amik haini. 136/98. Bawah tinggi. Tapi air kencing tak kotor. So boleh balik. Tak kena admit.  Appoinment aku seterusnya 16jan kat HSAH sebab 15jan kan cuti.. nurse wasap kat fon bagitau.. 





 Amik BP lak still on with daily basis.. Amik bp kat klinik dekat hometown aku lah nampaknya. 13jan tu aku pergi klinik nak amik BP tapi tutup. Aku pergi klinik pukul 10. So 14jan aku pegi awal sikit pukul 9 pun tutup jugak. Awalnye dorang pegi melawat... nurse kat klinik dekat umah aku dah follow up tanya bp aku untuk 2 hari tu. Nurse ni memang selalu follow up aku untuk tahu perkembangan aku tiap kali aku admit ward haitu. 😊


15jan aku pegi amik BP kat klinik dekat hometown. Dekat sangat2 dengan umah mak aku. Harini BP lebih okay dari 3 hari lepas tapi urine tak berapa ok. 


15jan BP 130/80. Urine albumin Trace.



Alhandulillah. 
Berdoa jugaklah masa nak amik BP ni.  BP masih paras boleh kawtim lagi ahahaha... so bolehlah pergi jalan2 lepas amik BP ni. Kalau tak, cancell semua program. Kami pergi jalan-jalan dekat jer. Pergi Pantai Merdeka. 3 biji kereta. Bergerak dari rumah pukul 1130 sebab lepas balik dari klinik, dah konfirm aku tak admit ward, baru kami prepare nak pergi. Masak nasi dan bawak bekal-bekal makanan nak picnic kat tepi pantai. Heaven.





Sampai pun dah tengah hari. Air laut pun dah pasang. Anak2 aku excited nak mandi tak boleh mandi. Bahaya. So, belikan layang-layang kat dorang kecuali Che Ah. Mek tu Paksu dia belikan belon sabun untuk dia dan jugak sepupu dia main tiup-tiup. Budak pompuan main yang ni jer. Tak sesuai main layang-layang. Padahal aku kecik-kecik dulu masa sekolah rendah ada layang-layang sendiri! Oppss..🙊 




Tahun lepas beli layang-layang RM5. Beli tahun ni RM10. Awat mahal sangat sampai sepuluh ringgit! Rasa macam nak jer suruh dorang share main. Tapi memikirkan waktu tak panjang untuk dorang nak main takut berebut bergaduh, so aku beli lah 2. Beli 2 dapat le RM18. Puas hatilah anak aku boleh main layang-layang sebab dekat Tikam Batu tadi dah nampak orang jual. Dah minta nak suruh dibelikan layang-layang dari situ lagi. Dekat Tikam Batu tak tau lah berapa harga satu..




Along main layang-layang sambil baring atas padang.
Seumur hidup aku tak penah tengok orang main layang-layang sambil baring atas padang.




Che ah dan sepupunya Amni. 
Main sabun buih tiup2 ni murah. Satu besen besar tu RM5. Tapi besen kena bagi balik lepas habis main. Lol!!! Kata jual.. jual ke sewa ni? 😬


Anak aku yang happy go lucky hikss



15jan (Ahad) adalah HARI TERAKHIR aku amik BP di klinik semasa mengandung. Sebab 16jan aku appoinment doktor kat HSAH aku kena admit. 


Aku memang dah ready nak berkampung di Wad Kenanga 10 kali ni. Bukan duduk sehari dua tapi sampai bersalin. Sebulan ke sebulan lebih ke takpe... aku sanggup. Aku dah ready fizikal dan mental dan emosi semua! Aku rasa bersalah pulak dekat baby sebab seolah mengabaikan keselamatan dia. Siap pergi jalan2 makan angin kat Pantai Merdeka lagi 😂😂 Sebab tu bila doktor suruh admit kali ni aku akur. Aku tak melawan macam haitu. Cuma... nanti aku sambung next entri laa.. 





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.