Monday, 6 March 2017

Admit Ward Kali Kelima (part 1)


Harini sudah masuk hari ketiga habis pantang. Alhamdulillah. Berjaya mengharung tempoh berpantang sendiri di rumah tanpa terjadi kejadian tak diingini. Syukur... 


Ahad semalam bawak kereta nak buat tuning dan servis apa-apa yang patut sebab kereta tak boleh start balik masa dalam tempoh 2 - 3 minggu pantang haitu.. Haitu sebenarnya husben aku dah nak bawak gi kedai dah. Sebab banyak kali sangat masalah ni jadi. Tapi aku tak bagi. Aku suruh KIV jer dulu keta tu sampai aku habis pantang. Takut nanti jadi balik sebab jarang2 bawak kereta kann.. rugi.. ini pon husben aku bawak bateri jer ke kedai hari Selasa lepas untuk recharge balik energy dia.  So Ahad semalam tu ingat nak bawak keta sekali lah untuk solve masalah tu.. alih-alih kedai tutup pulak. 2 buah kedai kami pegi.. Sabtu depan la kot pegi pulak...

......

Ok. 
Jom sambung entri pasal wasuk wad tak habis2 ni! 😅 Lepas discaj kali keempat haitu, aku still lagi kena on amik BP tiap hari. Sabar jer lah nak wat camna.. Asyik muka aku jelah bertandang kat klinik tu. Jadi popular jap! Hehehe.. so, camna dengan BP aku sejak-sejak discaj ni?

9Jan BP 120/80 Urine NILL


10Jan BP 110/80 Urine NILL



Ok kan BP aku? Hehehe... 


11 Jan aku ada appointment kat Hospital. 
Hari ni perut dah 33w 4d... aku rasa lega jugak kerana berjaya membawa kandungan sehingga memasuki angka 30. Mujurlah tak kena paksa bersalin lepas cucuk Dexa haitu. Haitu masa cucuk Dexa baru 28w aka 7 bulan lebih... 


Macam biasa. Kat lobi O & G. Amik test urine dulu, kemudian amik BP dengan nurse, lepas tu baru tunggu giliran jumpa doktor. Masa tengah tunggu giliran untuk amik BP dengan nurse kat luar ni, aku call Wad Kenanga 10. Tujuannya adalah untuk minta MC admitted kali keempat haitu... ni baru kali kedua aku call


Macam ni cerita dia...


Masa discaj haitu, lepas husben aku settle kat bawah (amik ubat dan bayar bil), dia kena tunjukkan bil bayaran tu kat nurse di wad aku ni. untuk urusan discaj akulah. So macam biasa, husben aku naik ke wad dan angkat barang-barang aku then barulah kami jumpa nurse kat wad tu untuk dengar apa yang aku perlu buat lepas tu (bila aku punye next appointment, makan ubat, amik bp dll). Masa kat katil aku tu, lepas dah simpan ubat ke dalam beg, aku tanya 'MC takda ke?' Sebab husben aku dah bawak buku  pink tu. Aku pun beleklah.. Selalunya buku pink tu tak dapat lagi. Amik kat depan bila dah selesai urusan.  Amik bila dah nak balik. Husben aku cakap "MC jap lagi la amik kat nurse depan tu. Kan sebelum balik kena jumpa dorang dulu? Nurse nak bagitau apa2.." Oh ya.. lupa... 


Ditakdirkan, lepas jumpa nurse kat wad tu, kami terus balik rumah. Terlupa sungguh nak check MC aku ada ke takda.. dah sampai rumah malam tu baru teringat nak check MC kat dalam buku pink aku tu. Admit 7 hari. Dari Isnin sampai Ahad. Haruslah check cepat2 bila dah teringat ni kan? Lama kottt aku kena tahan di wad...




Bila check takda, so esoknya aku plan nak call hospital. Dipendekkan cerita. Hospital taknak bagi MC kat aku sebab dah terlepas tarikh. Baru 1 hari takkan tak boleh? 


So masa amik BP 9jan haitu kat klinik berdekatan umah aku ni, aku bagitau lah masalah aku ni. Nurse kat situ cakap takda masalah. Ikutkan boleh keluarkan MC tu sebab baru satu hari. Lagipun bukan MC yang sengaja diminta tapi memang betul2 aku admit di situ. So 11jan ni aku cadang nak naik ke wad untuk minta MC dah alang2 aku pergi hospital ada appointment kan.. kena minta jugak MC tu, sebab 2017 baru je tak sampai 2 minggu, tapi cuti tahunan aku dah kena potong 5 hari. Anak dah 4 nanti kalau demam, nak guna cuti banyak tu..  

....

So, sebab tu lah masa tunggu giliran amik BP kat nurse di lobi O&G tu aku call hospital dulu. Aku call wad lah.. Aku bagitau nak cakap dengan doktor nak minta MC dekat dia. Sebab dia yang nak sign kan. Tapi nurse berkeras taknak bagi aku cakap dengan doktor. Aku faham bukan kuasa nurse untuk keluarkan MC. Sebab tu lah aku nak cakap dengan doktor. Bukan nak cakap dengan dia.. *₩#!÷&% betullah!!! Sebab baru 3 hari.  Lagipon kalo aku admit tu satu hari je, aku pon takdalah sampai macam ni sekali pulun nak jugak MC tu.. Yang buat aku tak puas hati bila nurse langsung tak bagi aku cakap dengan doktor. 


So apa lagi, kat lobi ni reading BP aku NAIKLAH! 160/110. Masa tu pukul 1135 pagi. Sementara tunggu giliran jumpa doktor pulak, dorang bagi aku makan 1 biji tab Labetalol sebab darah dah naik terlalu tinggi! What the heckkk!!! Bikin aku hot lagi!


Sampai giliran jumpa doktor pukul 1220 tengah hari. Doktor pulak repeat amik BP aku. Kali ni 150/90.





"Kena masuk wad ni, BP tinggi sangat!
Bahaya... takut eclampsia bla...bla...bla..."

"Saya taknak admit. Cuba doktor tengok BP saya sebelum ni ok jer kan? Alah... BP ni kejap naik kejap turun. Dah saya kena drive ke sini, cari parking lagi, konfirm lah BP saya naik" nada mendatar je takda tinggi pon.

"Tapi dah rehat lama dah kan? "

"BP naik terus admit, kenapa BP turun tak terus discaj?" ~ok. Yang ni memang tak menjawab soalan. Lagipon soalan memang agak kurang waras ditanya.

"Puan kena admit jugak ni. Lagipon asid urik puan sangat tinggi. Bahaya. Dekat 2 kali ganda dari paras normal! Kalau jadi apa2 kat luar camna? Saya taknak bertanggungjawab"

"Takpe. Ada apa2 surat untuk saya sign?"

"Puan cakap dengan incharge saya lah!"

"Ok. Bagi saya cakap dengan dia"


Lepas tu, doktor suruh aku tunggu kat bilik menunggu kat luar kejap. Aku rasa geram sangat bila dengar perkataan 'admit' tu.  Dalam menahan geram, rasa lemah pon ada. Sebab rasa macam orang sakit.. tak fit..  huuurmmm... i just want to pregnant! Just that! Why this all happen to me? Sambil bangun tu sempat lagi aku tekankan dekat doktor tu, "jangan dok admit saya.."


Dalam 15 minit camtu aku kena masuk bilik paling hujung untuk buat CTG scan. Ada 2 mesin. Ada 4 orang. Tunggu dekat dua puluh minit baru boleh buat CTG ni. Lepas tu tunggu lagi setengah jam untuk buat CTG. Time buat CTG tu, doktor tadi masuk dan amik keratan CTG aku. Around pukul 1 baru setel kat bilik CTG tu. Lepas tu masuk bilik doktor tadi balik.


Doktor tadi macam menyampah jer dengan aku. Terus bagi surat untuk aku sign dengan cap ibu jari sekali. Guna stamp pad biru lak tu. Nak mengena aku ke apa ni? Aku buat je. Takda complaint. Doktor pon takde bagitau apa yang Incharge dia cakap or advice bila aku takmo admit. Incharge dia siapa pun aku tak tahu. (tapi sekarang aku dah tahu lah sebab ada tulis kat discharge note tu). Dia pon takda nak advice aku lagi sekali lagi ke.. orang keras hati macam aku tak guna advice.. Aku faham aku dah menyusahkan dia hari ni. Atau mungkin dah buat dia geram. Tak tahu lah kalau doktor 'NA' sebenarnya okay je atau tak kisah pon..




Aku pon sebenarnya tak suka macam ni. Tapi mood aku memang dah 'sway' la gara-gara MC tu. Kalau doktor nak bengang dengan aku pun takpalah. Saya minta maaf!


Masa sign tu dah dekat pukul 1.25 petang. Memandangkan dah lewat, aku minta MC dekat doktor. Doktor angguk dan terus je sign kat MC. Lepas tu dia terus amik handbag dan keluar. Lunch le tu.. tinggallah aku dengan nurse yang tengah menulis details aku kat cert tu.. fuhhh!!! Mujur dapat MC! Lagi mujur sebab tak lupa mintak! lewat sikit konfirm doktor dah kuar makan!