Ads Top

( PART 12) Admit Ward Kali Keempat (Part 3)


Almaklum... 
aku admitted ward kali keempat disebabkan darah tinggi dan sakit mata. Walau pun tekanan darah sudah stabil tetapi aku masih perlu di admit di dalam wad mengandung. Tak perlu tukar ke wad mata. Sebab PE Mother kennn?? Bahaya tau darah tinggi jangan buat main2...



Masa aku pergi CUCI MATA kat wad oftal haitu, barulah aku tahu. Rupanya dalam wad tu bercampur pesakit mata lelaki dan perempuan. Tapi bukan satu biliklah.. bilik diasingkan lelaki pompuan cuma floor je yang share.. Mujur jugaklah aku tak kena tukar masuk ke wad oftal ni. Suasana tak 'fresh' macam kat wad antenatal. Masa aku tunggu kat luar bilik doktor untuk cuci mata kat wad mata haitu, sebelah aku uncle cina yang mata dia bengkak teruk. Ada yang bertongkat pon ada datang nak check mata. Berkerusi roda macam aku pon ada jugak. Ada lagi beberapa orang yang ada masalah mata. Risau pulak aku rasa. Padahal aku pun sama ja macam dorang... 😜


Jumaat pagi tu bila doktor bagitau mata aku sudah semakin baik, aku siap berdoa dalam hati supaya dapat discaj haritu. 4 hari dok wad memang cukup-cukup boringggg! Kalau tak discaj, haini masuk hari ke5 dah.. Hari Rabu haitu appoinment pukul 12 tgh hari. Khamis appoinment pukul 10. Jumaat 8 pagi. Hari Ahad ni appoinment lagi pukul 8 pagi. Aku agak bila dah naik wad nanti, doktor kat Wad Kenanga 10 akan discaj aku lepas dia check perut. 



Tapi bila aku dah naik ke wad, tunggu punya tunggu.. takda pulak doktor yang buat rondaan dan check perut aku haritu. Tengok jam dah hampir pukul 12 tengah hari. Aku terfikir, aku dah terlepas time kah? Maksud aku masa doktor check tu aku masih kat wad oftal agaknya.. atau mungkin takda haitu sebab hari Jumaat kan cuti.. PASRAH! ingat dah boleh balik rumah harini... 


So hari Sabtu hati sangat gumbira.. Sebab ada doktor masuk untuk check perut aku. Tapi tak dapat discaj pulak.. kali ni aku tak pasti sebab apa. Aku pon tak tanya.  Aku rasa hiba bila doktor bagitau haini tak boleh discaj lagi tapi nak tengok esok macam mana. Sebab tu tak terdaya nak tanya sebab apa aku tak boleh balik lagi tu.. over excited kot fikir haini boleh discaj... lepas doktor kuar bilik, baru aku nangis... tiba tiba nurse masuk nak amik BP dengan check heart beat baby pulak.. aku tak boleh stop nanges pulak dah.. Aku letak towel kecik kaler jingga buat tutup muka. Mujur nurse pulak takda dok tanya apa2 kat aku.. tapi boleh dengar la dok soksek sebab ketat hidung.. Hah! Jangan gelakkan aku okay! Sebab apa aku sedih, sebab sejak bulan 11 haitu lagi aku rasa macam dah tak jumpa anak2 aku.. rindu kat anak aku terutamanya yang pompuan tu. Tiap malam tido dengan dia.. 


Anak pompuan aku umur 3 tahun. Tahun lepas.
Aku panggil dia 'Che Ah'. Nama betul Nur Syairah.









Rindu kamooo anakkk!!


Masa admit kali ni, anak aku dah start tinggal dengan mak aku. Mak aku amik nak jaga terus sampai aku bersalin dan habis pantang.. sebab aku kerap sangat kena admit ward. 


Aku tengok anak aku happy jer dudok dengan tok dia. Kat umah mak aku ada adik aku lagi 2 orang. Dua2 pompuan dan dah setahun dah kawin. Sorang tu baru je posting sebab tu stay dengan mak aku sebab kebetulan time dapat posting tu husben dia pulak kena gi training kat Germany. Pjj lagi la adik aku tu. Yang sorang lagi memang keja kat hospital dekat hometown kami. So rumah tu tak sunyi. Ada jer orang dok melayan 'mek' tu hehe. Boleh dikatakan tiap hari aku dapat wasap gambar2 anak aku yang sentiasa 'happy go lucky!'

...


Setelah kerap kali kena admit ward, aku rasa seperti dah tak boleh tunggu lagi. Aku tak boleh hanya menunggu doktor lepaskan aku. Tapi aku fikir, aku kena minta untuk dilepaskan. Waktu ni aku dah tak ingat akan bahaya PE. Aku terlupa kejadian semasa kena admit ward kali ketiga haitu. Apa yang aku tahu, aku nak balik rumah.. 


Petang tu dalam pukul 4 camtu aku keluar dari bilik. Aku berjalan perlahan2 ke ruang menulis tempat doktor dan nurse selalu update keja dorang tu. Ofis terbuka dorang. Tujuan aku, nak jumpa doktor dan nak minta discaj harini. Tapi doktor takda kat situ. So, aku bagitau kat nurse tujuan aku ke situ. Lepas tu aku masuk ke bilik aku balik.


Tak lama lepas tu, sorang doktor perempuan masuk bilik aku. Dia bagitau aku tak boleh discaj haini. "Asid urik akak tu tinggi sangat. 6ratus lebih! Bahaya kalau akak balik" aku minta dia explain. Lepas tu doktor tu bagitau kat aku yang dia akan maklumkan dekat pakar esok. 


Esok pagi aku ada appoinment doktor pakar mata pukul 8 pagi. Gelisah tak tau nak habaq! Aku berdoa dapat check mata awal dan cepat boleh naik wad semula. Aku takut terlepas nak jumpa doktor harini. Aku nak minta dilepaskan. 


Check mata dah selesai awal. Alhamdulillah. Aku naik ke wad dan menunggu di atas katil. Sambil terjenguk2 ke luar kot2 nampak bayang doktor dengan para houseman. Alhamdulillah. Pakar dengan para houseman dah sampai. 


Aku nampak doktor macam rushing sikit time masuk tu "why we keeping her? why we keeping her?" Sambil tengok file yang ditunjukkan doktor houseman. Dengar jer ayat tu terus aku cakap "Saya nak minta discaj haini doktor. Kalau doktor tak bagi pun saya tetap nak balik jugak" doktor tanya " berapa hari dah duduk wad?" "Tu la.. Masuk hari ni dah 7 hari..." lepas tu ada lagi ayat2 perbualan kami. Biarlah menjadi kenangan di sanubari aku. Yang nyata, aku dapat discaj haitu. Doctor gembira, so do I.. 😚😚


Dah kuar dari Wad Kenanga 10 pergi kat kereta, aku dok risau takut kena denda parking terlebih hari tak berbayar. Sampai kat sana, start kereta tak hidup pulak!!! Sakit kepala kalau macam ni selalu. Tak bersalin lagi tapi duit dah banyak keluar. Stress!! Pastu, husben aku pergi minta jumper kat achik yang jaga parking tu. Yang best, husben aku siap bagitau kereta parking situ sejak Isnin lepas kerana aku masuk wad. Mujurrr lah achik tu tak denda kami sebab parking terlebih hari. Macam mana lah husben aku boleh cerita jujur pulak nie..


So, discaj wad kali ni;

🚑 makan ubat Labetalol (darah tinggi) sebanyak 4 dos 3 kali sehari. Masa dalam wad aku tak ingat siapa yang upkan dos dari 3 ke 4. Or mungkin Dr Timothy yang up kottt.. not sure.

🚑 still on ubat titis mata sebanyak 3 jenis. 

🚑 vitamin zincofer satu biji sehari. Yang ni sejak awal lagi dah ada. Tapi aku tak note dalam ni sebab ia vitamin bukan ubat.

🚑 daily BP still on.

🚑 11jan 2017  appointment doktor di Hospital. 

In shaa Allah, entri seterusnya lebih menarik untuk korang baca! 😆😆😆




(tak taulah video ni boleh tengok ke tak)




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.