Ads Top

(PART 11) Admit Ward Kali Keempat (Part 2)


Are you ready nak baca entri panjang berjela i ni? Here you are bebehh!!! Ahakss


Kali keempat ni aku kena admit dari 2Jan sampai 8Jan 2017. Bermakna 7 hari aku bermastautin di Wad Kenanga 10 Katil 27 di Hospital Sultan Abdul Halim Sg.Petani. Haitu aku drive sendiri kereta masa datang appointment doktor kat sini. Disebabkan parking free penuh sokmo jadinya aku parking kat tempat berbayar. RM2 sehari. 


Part paling MALAS bila aku kena admit. Masalah aku pasal kereta ni lah. Jom refresh memori sattt...

🚘 Admit Kali Pertama. Kereta kena tinggal dekat Klinik Kesihatan 1 hari. Pergi HSAH naik ambulans buat pertama kalinya. Mujur admit 1 hari jerr. 

🚘 Admit Kali Kedua. Kereta di rumah. Sebab pergi klinik dengan husben sebab demam. Pergi HSAH naik ambulans buat kali kedua. Admit 9 hari. Maka 9 harilah husben tak start kereta. Terlupa sebab pergi keja naik motor. Balik dah 7malam sebab ofis kat Seberang Jaya. 

Lepas aku kuar wad tu, nak balik kampung kereta buat hal. Lepas tukar bateri baru boleh start. Tapi kedai takda buat tuning. Lepas seminggu lebih baru kami bawak kereta buat tuning. Banyak benda kena repair. Kebetulan memang kereta ni dah sepatutnya diservis. So, habis RM1200++ jugaklah! Hari ni jugak aku pergi beli hp baru. 

🚘 Admit Kali Ketiga. Kereta tinggal di Klinik Kesihatan. Tinggalkan kunci kereta kat nurse situ. Minta tolong member amik kereta hantar balik rumah. Pergi HSAH naik ambulans buat kali ketiga. Admit 4 hari. Time ni husben dah tak lupa dah nak start kereta tiap hari hehee..


Admit kali keempat ni kereta aku parking dekat kawasan berbayar. Nama jer berbayar, tapi keselamatan tanggung sendiri lah.. So bila time malam memang tak banyak kereta parking situ. Kebetulan pulak wad aku duduk menghadap tempat parking tu. Rindu jugak bila tak drive. So boleh lah tengok kereta tersadai kat tempat parking tu berhari2 😧 setiap hari. Risau jugak bila dah boleh discaj nanti. Berapalah agaknya caj sewa parking aku kena bayar eh? Kalau dorang caj macam kat airport, nangesss!!


Kereta ni dah parking kat sini, bermakna enjin memang tak dipanaskan lerr setiap pagi macam selalu. Berpanas berembun kereta tu.. kesian.. tapi tuan dia lagi mengesiankan 😅😅 kalau keta buat hal lagi camna? Nak tak nak kena hantar repair... duit bro!! Dah lah aku admit sebab darah tinggi ni.. ermmm.. kereta tu hanya dihidupkan enjin dia time petang je. Kadang2 husben aku malas nk pergi hidupkan. Kat wad bila dia melawat aku, aku mesti tanya sama ada dia dah start kereta atau belom? Kadang sebelum melawat dia dah start. Kadang tu lepas balik melawat baru dia start. Aku harap dia tak tipu akulah bila dia kata dia hidupkan enjin tu 🙊


Ok. Lepas je dibawa naik ke Wad Kenanga 10, aku ditempatkan di wad biasa bersama 2 lagi pregnant moms.. Katil kat situ ada 3 je. Selalunya aku ditempatkan di dalam wad 4 katil. Apa yang tak bestnya adalah kedudukan wad ni. Aku rasa wad yang aku duduk ni menempatkan katil patient tambahan in case wad penuh la..! Kedudukan dia pulak betul2 di hujung laluan dalam wad tu. Means dari jauh lagi orang dah boleh nampak aku baring kat situ.. dah lah katil aku paling tepi sekali.. segannye nak naik baring kat katil tu.. aku dah naik atas katil tu nak rehat, tapi rasa stress pulak bila orang yang lalu lalang senang benor nampak aku! Huh!


Sebelum ni aku biasa dapat wad yang sangatlah selesa.. Dah bukan rezeki aku agaknya admit kali ni nak duduk di wad yang macam haitu. Disebabkan rasa janggal nak baring situ, aku duduklah di kerusi depan katil aku tu sambil check wasap.. TIBA2!


Hehehe... tiba2 datang dua orang nurse yang sangat cantik bak bidadari dari syurga turun ke bumi bagitau aku suruh pack barang sambil berkata "adik pack barang, kita nak pindah wad!" Wahhh... seronok gila rasa! Macam nak lompat bintang dan dan tu jugak!! Hehe.. Bakul "piknik' aku takda lagi masa ni sebab masih dalam kereta. Memang aku standby bakul makanan yang aku panggil "bakul picnic' dalam kereta pagi tadi in case kena admit ward. Tengok2 kena admit betul2 pulak.. petang nanti husben aku melawat bolehlah minta dia ambilkan bakul tu kat dalam boot kereta. Senang. Tak perlulah dia balik rumah dulu dan patah balik datang hospital. Dah lah umah jauh. Aku tinggal di Merbok. Sewa umah kat sana. In shaa Allah lepas pantang ni kami masuk umah sendiri. 🤗 so aku angkut handbeg dengan baju pakai pagi tadi jer.. tak banyak barang lagi kan? Nurse tanya "tu je ke?" Aku jawab "haah, sebab baru masuk jap tadi. Barang petang nanti baru hantar" dengan muka yang banyakkkk senyom haha!


Nurse pon tolak katil aku keluar dari wad tadi. Aku berjalan mengekor dorang dari belakang. Bila nurse tolak katil aku tadi ke arah yang bertentangan dari wad sebelum ni, aku rasa heran. Aku toleh ke belakang untuk pastikan yang aku tidak menghala ke arah wad 4 bilik yang selalu aku duduki dulu. Dan kami berjalan ke arah pintu keluar.. aku hanya diam dan menunggu sahaja ke destinasi manakah aku akan dibawa... dalam hati tertanya2 "nak keluar dari Wad Kenanga 10 ni kah?"


Bila sampai je ruang koridor tak jauh dengan pantry, nurse berhenti. Rupanya ada wad di sini. Dalam wad ni cuma ada 1 katil sahaja. Semasa nurse persiapkan katil aku di sini, aku tanya lah "kenapa saya dapat bilik ni?" Nurse jawab "adik kena kuarantin sebab sakit mata. Kalau tak, wad sana yang darah tinggi tu" oh i see... ingat kot dapat tukar first class ke apa tadi.. hehe..


So... di sinilah tempat aku beradu, bersantap dan berendam selama 7 hari 6 malam.


Taraa!!



Katil 27 yang penuh nostalgiaaaa... 


Gambar ni aku snap waktu malam selepas dah beberapa hari menginap di sini. Yang beza wad ni dengan wad 4 katil adalah, wad ni takda kipas. Guna aircond.. huhu.. rasa macam pegawai jap haha!


So petang tu husben aku datang hantar bakul picnic dengan towel and toiletries sekali. 


Malam tu pulak, Dr. Timothy dengan nurse jumpa aku tanya ubat mata apa yang aku tengah guna. Aku guna sekarang adalah ubat mata jenis tiub macam ubat gigi tu. Tapi ubat tu aku tak bawak... Yang aku bawak adalah ubat titik yang dapat sebelum tu aku tak buang lagi. Masih ada lagi dalam handbeg. So aku tunjuk dekat doktor 2 ubat tu. Doktor suruh continue jer guna ubat tu sebab sama macam yang dia plan nak bagi kat aku. 


Dr. Timothy jugak cancell ubat NIPHEDEPINE yang doktor kat klinik kesihatan bagi sebab katanya labetalol yang aku consume belom sampai maximum dos lagi. Baru 2 tab. So makan labetalol jer. Tapi dia up satu tablet lagi ubat LABETALOL. So sekarang aku dah makan 3 tab ubat darah tinggi jenis labetalol.


Masa ni mata kanan aku hanya mengeluarkan air mata yang agak sedikit likat macam gel dan jernih warnanya.. Mata kiri pulak memang rasa berpasir jerr mungkin sebab dah lama sangat sakit. Tapi heran jugak aku, sebab....... 


Tak ada pun TAHI MATA!!!


Sepanjang pengalaman aku sakit mata sebelum ni, conjunctivitis mesti mata merah dan bertahi mata. 

Tapi kenapa aku tak?? Hoii pelikkk sangat nie..!! 


Esoknya (Selasa) di wad, doktor pakar bersama beberapa lagi doktor muda ronda wad. Aku masih ingat lagi, waktu tu Dr.Sushil datang memeriksa perut dan mata aku. Aku dengar dia diagnos mata kanan aku "pink". Sorang doktor muda akan mencatit apa yang dikatakan oleh pakar ke dalam fail patient. Time ni aku dengar dia cakap 'Conjunctivitis'. 



Sumber dari #wikipedia


Pukul 3 lebih petang tu macam biasa nurse masuk bilik aku untuk amik bp dan check heartbeat baby. Nurse bagitau mata kanan aku dah merah. Dua2 mata pon nampak macam bengkak dan nampak lagi teruk dari semalam. Pasang!!!



Sumber dari #www.nhs.uk


Esoknya tu hari Rabu Dr.Sushil datang lagi dengan doktor2 muda yang mahu belajar dengan beliau dalam 5 ke 6 orang camtu. Houseman kot dorang nih! Tapi kali ni dorang bawak sorang doktor mata sekali. Tapi doktor tu tak pulak check mata aku. Konfius! So lepas tu, aku kena appoinment dengan doktor mata pukul 12tgh hari di Wad mata. Bukan klinik mata. Seronok kejap sebab dapat keluar dari Wad Kenanga 10. Dapatlah cuci mata tengok dunia luar...hihi.



Admit Ward Kali Keempat (Part 2) pre-eclampsia dan sakit mata merah atau conjunctivitis

Di hari kedua appoinment Doktor mata di wad mata lagiii... 


Masa hari pertama, aku takda sekeping pon gambar. Sedihhh! Aku ada snap gambar selfie masa tengah tunggu giliran nak jumpa doktor hari tu. Tapi aku pegi delete pulak. Nak harap gambar masa tengah appoinment doktor tu lagilah tak ada... sobsss


Ada 2 orang doktor perempuan dalam bilik pemeriksaan mata tu. Dua2 muda lagi. Aku letakkan dagu atas alat periksa mata tu dan tangan kena pegang besi yang terdapat pada alat tu. Tak boleh letak tangan sembarangan. Doktor yang check memula ni dia tak perasan apa2 kat mata aku.. Lepas dia periksa, doktor sorang lagi pulak periksa. Kali ni doktor cina perempuan. Masa doktor kedua ni lah dia detect ada PSEUDO MEMBRANE kat mata aku. 



Sumber ihsan Google.. 


Lepas tu dia buangkan pseudo membrane tu sambil2 ajarkan doktor memula tadi. Doktor yang memula tadi tu pulak offer nak buangkan. So dorang pun bertukar tempat lagi sekali. 


Allahu!!! Seksanya aku rasa bila berhadapan dengan proses membuang pseudo membrane ni. Entah berapa kali doktor titiskan ubat mata untuk kembangkan anak mata aku. Kejap2 titis ubat.. kejap2 titis ubat lagi.. sampai meleleh2 ubat titis tu kat pipi.. macam menangis pun ada. Rasa macam mata aku bengkak dan berair pon ada jugak! Rimasss!!! Ditambah pulak kelopak mata aku dikopek naik atas masa proses ni. Rasa macam terhenti kejap nafas setiap kali letak dagu atas alat periksa mata tu.. Ini baru betoi2 CUCI MATA dowhh!!! Sadisss!!! Dalam 40 -50 minit jugaklah proses ni buat pertama kali cuci mata. Esok kena datang lagi. Oh, doktor buang pseudo membrane ni guna cotton bud yer..



Gambar ihsan Google


Semasa dalam proses membuang pseudo membrane tu, sempat jugak aku terperasan macam ada darah2 kat cotton bud doktor pegang. Memang tadi doktor ada bagitau akan ada darah tapi tak sakit. Darah tu sebenarnya adalah membrane atau selaput nipis depan mata yang dah dijangkiti virus atau bakteria. Sebab tu tak sakit. Membrane yang dah dijangkiti ni mesti dibuang supaya membolehkan membrane baru dihasilkan semula. Faham murid2? Hehe...


So, lepas tamat jerr sesi cuci mata tengahhari tu, aku disorong naik semula ke wad aku. Datang tadi naik wheelchair sama jugak time balik. Nurse la tolong sorongkan bukan aku yang gerakkan sendiri. Pre eclampsia (PE) mother ni naik wheelchair sokmo hihi! Lagipon kalo tak naik wheelchair, camna nak jalan? Sebab mata perlu berehat. Aku terpaksa tutup mata dengan tangan sepanjang ditolak dari wad oftal ke wad aku sebab mata rasa silau bila terkena cahaya matahari kat luar tu. Nak naik atas katil pon kena nurse tolong bawakkan. Oh, terasa macam.... TERUK!



Ini kapas yang aku guna untuk lap2 mata aku setiap kali air ubat titis meleleh keluar dari mata. Kapas ni adalah kapas hari ketiga yang aku teringat nak snap.. bolehlah... kekeke.. 


Malam tu dalam pukul 8 lebih camtu nurse bagi ubat titis kat aku. Doktor oftal 'kirim' kan dekat 3 jenis ubat titis. Dua daripadanya sama macam yang aku ada sekarang. 



So, aku budak baik. Aku titis ubat tu sebagaimana disyorkan. Cepat sikitlah aku boleh layan wasap dengan internet kat henpon! Kah!!! 


Aku appoinment dengan doktor mata tu setiap hari sejak dari hari Rabu. Tapi appoinment kali kedua cuma amik masa 20 - 30 minit jer untuk cuci. Hari Jumaat lagi lah sekejap sangat. Dalam 10- 15 minit dah boleh balik wad. Hari Sabtu takda appoinment. Hari Ahad appoinment doktor mata di Klinik Mata.


First time aku pegi Klinik Mata. Masya Allah! Ramai sungguh orang.. tapi aku dapat buat dulu sebab aku patient yang datang dari wad. Time ni doktor yang check tu agak senior. Umur dalam 45 camtu.. indian women. Sekejap jugak time ni dalam 10 minit.. Lepas tu doktor tetapkan appoinment hari Rabu next week pulak.


Alhamdulillah..
mata dah semakin baik. Syukur tak jadi apa2 kat mata aku.


Barulah aku sedar..
betapa sayanggggnya aku dekat mata aku..
betapa tak ternilainya sebuah nikmat yang dinamakan PENGLIHATAN.. 
 Tak dapat aku bayangkan jika penglihatan aku hilang buat selama2nya..
Macam mana nak cari rezeki?
Macam mana nak berdikari?
Gelap lah dunia semestinya...
Syukur Ya Allah Kau kembalikan kesihatan mataku...
Terasa malu dan betapa hinanya diriku dengan nikmat yang telah kau berikan kepadaku walaupon seringkali aku kufur...
Allahuakbar!


Baca PART 12


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.