Wednesday, 15 March 2017

Admit Wad Kali Kelima (part 3)


Jom sambung balik stori! Banyak hari tak menulis sebab bz sikit dengan urusan rumah. Kunci belom dapat lagi sebab defect yang kami komplen tu baru siap buat hari ni. Aku komplen defect tu sejak Ahad minggu lepas. Bukan minggu ni. Dah 2 kali Ahad dah.. Defect pulak sikiiit sangat.. apa lambat nau nak buat! So bila defect tu dah setel nanti, pihak developer akan call aku untuk pergi amik kunci kt ofis untuk check repair yang dorang dah buat. Tengah hari tadi ofis developer baru je bagitau yang pihak dorang dah repair defect tu semalam cuma kunci belom sampai kat ofis. Bila kunci dah sampai kat ofis, dorang akan call aku untuk maklumkan supaya aku boleh amik kunci dan check defect yang kami komplen tu. Baru jap tadi jam 5.15pm elok je aku nak menaip entri ni, ofis developer call bagitau yang kunci dah sampai ofis. So, esok pagi bolehlah aku pegi check defect tu dengan husben. Alhamdulillah... 

......

Ok. Lepas puas bercuti pendek dengan family kat Pantai Merdeka, i'm back with my compulsory routine... medical checkup! Huhu... so, appoinment aku hari Isnin 16Jan adalah pada 8 pagi. Aku dah prepare sebenarnya kalau tetiba kena bersalin awal. Aku dah siapkan beg yang berisi pakaian dan toilettries baby dan letak siap-siap dalam bonet kereta. So just bawak diri je pergi klinik O&G. Lepas dah siap check urine, amik BP dan timbang berat dengan nurse dekat area lobi klinik O&G, macam biasa, kena tunggu turn jumpa doktor. Aku redha kalo kena admit kali ni demi nyawa anak aku walaupon sebenarnya kalau ikutkan, aku masih lagi sakit hati sebab MC tak dapat.. MC tu penting sangat bagi aku. Mungkin ada yang cakap ini hal remeh. Ok. Bayangkan kalau takda MC, nanti kena tolak cuti tahun. Anak sakit demam, ibu bapa kena cuti sebab tak boleh hantar nurseri. Kalau cuti tahun dah sikit, siapa nak jaga anak kita? Tu kalau anak sorang, anak ramai camna?


So, tibalah masa aku masuk jumpa doktor. Dalam tu ada 2 orang doktor perempuan. Kali ni aku taknak gaduh dengan doktor dah macam haitu. Aku tak ingat berapa BP aku haritu. Tapi doktor sarankan aku admit ward sebab asid urik aku di paras yang sangat tinggi dalam darah. Bahaya sangat. 626 uMol/L abnormal (150-350). Aku tengok rekod asid urik aku ni makin naik tak turun-turun. Tapi kalau untuk darah tinggi tu, makan ubat je nanti turun lah sikit bacaan BP. Kalau asid urik ni, nak buat camna ya? Seingat aku takda pulak doktor bagi ubat apa-apa untuk handle paras kenaikan asid urik ni. Memang takda ubat kot rasanya. Kalau ada, aku yakin doktor dah bagi sejak haitu lagi. Kan?




Aku syak 🤔🤔 asid urik dalam darah aku ni wujud sebab aku makan ubat! Yelah ubat tu kan bahan kimia. Bayangkan eh.. darah sebelum ni bersih dalam badan kita tetiba bercampur dengan bahan kimia seperti ubat darah tinggi. Dan ubat tu pulak bukan makin kurang di consume/makan, malah makin bertambah dos dia... 🤔🤔🤔 Pastu, bahan kimia tu tak dikumuhkan semula oleh badan, maka ia tertinggal dalam badan. Sebab tu jadi bahaya. Disebabkan asid ni sinonim dengan bahaya, dan ia berkaitan sistem urinari,  so aku syak bersempena dengan itu maka ia dinamakan urik asid! Hahaha... 😃😃😃 bijak tak? Gurau je noh!!! Nak release tension kah!!! Kalau korang nak tau kenapa dinamakan asid urik, bolehlah google.. hehe..


Aku jumpa ni kat web...





Kan aku dah agak benda ni!!! Hmmm... nampaknya ubat darah tinggi tu lah penyebab kenaikan asid urik dalam darah aku. Memang takkan turunlah paras asid urik dalam darah aku selagi aku makan ubat darah tinggi! Hewheww... patutlah doktor takda bagi ubat apa2 untuk aku consume bagi turunkan paras asid urik dalam darah aku tu.. 


Asid urik tinggi dalam darah ni istilah dia dalam perubatan adalah hyperuricemia. Masa admit kali pertama darah aku ok. Mestilah kan.. sebab masa admit ni baru aku start makan ubat darah tinggi. Kali kedua admit baru dikesan aku dah ada hyperuricemia ni. Mau tak... dan lepas tu keadaan ni berterusanlah sampai kena admit kali kelima ni prffftt...




Dikesan hyperuricemia masa admit ward kali kedua.



Bacaan hyperuricemia masa admit kali ketiga



Masih ada. Bacaan yang 463 umoL/L tu 


Admit kali ni sampai 626 bacaan hyperuricemia aku! Asid urik tinggi sangat dalam darah... 


So, bila doktor dalam bilik consultation tu bagitau aku yang asid urik aku tinggi dan kena admit harini, aku pun tanyalah dia; "sepatutnya bacaan normal berapa?" Sebab aku nak tahu jugaklah berapa teruk dan bahaya bila darah aku catatkan bacaan sampai 600 lebih kan? Aku kan tak tahu... salahkah kalau nak ambil tahu? 


Doktor tu jawablah yang paras 600 lebih tu memang bahaya. Tapi nada dia jawab tu macam dia ingat aku nak pertikaikan dia kot sebab buat keputusan untuk admit aku... sebab aku tanya dia beberapa soalan.. Siap cakap lagi,


"Awak ni tanya macam saya ni sengaja nak admitkan awak. Pihak hospital lagi suka kalau takda patient. 
Kami bukan suka2 nak admit orang.." 

apeni? apeni? 


Aku dapat rasa, mesti kes aku taknak admit minggu lepas tu dah viral antara dorang nie. Tapi tu andaian aku aje.. tak tahulah kalau tak viral pon kes haitu.. tapi sincerely, aku rasa terluka sangattt bila dengar ayat kurang sopan macam tu.. seriously... RUDE!!! La... tanya soalan tak boleh ke? Diam dan angguk kepala je apa yang orang nak buat kat tubuh badan kita? Hak patient untuk tahu kan? 


"Masa bila pulak saya cakap saya taknak admit?" 

Lucky the doctor sebab aku masih boleh bersabar walaupon aku patient yang ada darah tinggi. Nada suara masih terkawal walaupon jelas kedengaran nada kecewa. Malas aku nak gaduh pasal benda remeh macam ni. mungkin aku ni jenis penyabar kot... 


 Sambil tu aku perhatikan doktor yang lagi satu langsung tak menyampuk. Mana lah tau kot2 dua2 nak serang aku..tapi tak.. doktor sorang tu senyap je sambil tulis2.. aku agak dia lebih tua dalam 3 ke 4 tahun dari aku. Tapi doktor yang kurang sopan ni aku pasti dia lebih muda dari aku. 


"Saya tanya tu sebab saya nak tahu jugak serius yang macam mana bila asid urik banyak tu. Bukan bermakna saya taknak admit. Minggu lepas memang betul saya taknak admit sebab awal bulan haitu saya kena admit 7 hari tak dapat MC. kat dalam hospital ni lah. Bila saya check MC takda, saya call nak minta MC, hospital tak nak bagi"


"Cuba awak call tu cakap baik-baik, barulah orang boleh bagi" jawab doktor tu macam dia ada di tempat kejadian.


Memang bernasib baik la doktor ni. Aku masih lagi sabar tau time ni. Takda high note ke apa ke.. tapi aku jawab jugaklah.. 


"Masa bila pulak saya tak cakap elok2 masa minta MC tu? Saya call nak cakap dengan doktor. Saya nak bincang dengan doktor. Tapi hospital yang taknak bincang dengan saya!" 


Tetiba dia bangun dan keluar. Lepas dia masuk, dalam 5 minit camtu specialist masuk. Aku nampak jer Dr.Harun masuk terus rasa macam owhh! Rasa macam ada yang tak kena jer.. Aku buat2 cool dan say hi je kat Dr.Harun.  Dr. Harun sebaik jer nampak muka aku terus tanya doktor tadi "yang ni ke?" dengan muka yang macam tak percaya. Lepas tu dia duduk dan tanya aku "Kenapa taknak admit?" 


Ok. Ni dah terbabas dari isu asal dah nie... Isu asal adalah tentang paras hyperuricemia. Ni jadi isu pasal admit ward pulak dah! Disebabkan aku memang dah ada niat nak admit kali ni dan dah alang2 Dr.Harun ada ni, dan tanya aku pasal admit ward, so better aku tanya dia jer lah pasal MC tu.. mana tau kot2 boleh dapat kan? "Saya bukan taknak admit doktor. Tapi kalau kena admit tak dapat MC saya taknak lah" 


Dipendekkan cerita, aku pon admitted hari tu. MC? Dr.Harun bagitau kat doktor tadi suruh minta wad keluarkan. Sebenarnya aku dah tak berharap sangat dah macam haitu untuk dapatkan MC tu. In fact, aku sanggup admit kali ni pon sebab aku fikirkan nyawa baby aku. So harini adalah hari pertama aku admit HSAH buat kali ke-5 di Wad Kenanga 10 Katil 18. 


Btw, TQVM Dr. Harun for your concern!