Ads Top

(PART 9) Admit Ward Kali Ketiga (part3)


Eh... 
tak sangka ada pulak part3 ni. Ingat boleh habis cerita masa part2 lagi.. hehehe... maaf ye.. 🤗


Ingat lagi tak masa part1 aku ada bgtau protin dalam urin aku 3+? Aku syak ni lah sebabnya aku diserang preeclampsia masa admit ward kali ni. 


Protienurea aka urine albumin 3+


Lepas doktor decide untuk masukkan aku ke HDA, tak lama lepas tu datang dua orang nurse kat katil aku. Lepas dah tutup tirai di katil, aku disuruh kangkang seperti ingin bersalin. Salah seorang nurse memasukkan tiub air kencing ke tangki air kencing aku. Pernah kena buat macam ni masa admit kali kedua haitu. Tapi sekejap je tiub tu masuk. Kali ni nurse bagtau dorang nak kumpul air kencing aku selama 24jam mulai pukul 10 malam ni.


Tudia....

24jam pakai tiub kat situ? Sengsara ni..
Sengsara sebab aku ada problem gatallll2 sekarang niee 😣😣😣 tapi segan nak bagitahu..


Lepas tu, sorang lagi nurse bgtau yang dia nak cucuk ubat untuk elak eklampsia kat aku.. cucuk kat tangan kiri aku. Nurse bgtau aku yang ubat tu mengakibatkan rasa panas dalam badan. Ada setengah patient yang tak tahan dengan ubat tu akan muntah sebaik sahaja ubat tu masuk dalam badan. Sementara tu, nurse yang memula tadi packing barang2 aku untuk memindahkan aku ke HDA.


Pantas dan laju jerr dorang buat keja. Tak sampai 15 minit aku dah disorong atas katil ke HDA. Kira2 pukul 10 malam aku sudah bertukar wad daripada Wad Kenanga 10 Katil 17 ke Wad Kenanga 9 Katil 6 (HDA).


Sambil disorong tu, aku terkumat kamit membaca doa nabi yunus dan doa2 lain. Ubat tadi masuk je dalam badan tak sampai kiraan 10 dah terasa panas satu badan. Baca doa2 tadi tu bukannya apa, sebab aku takut termuntah atau pengsan. Atleast bila baca doa, badan aktif sikit. Sambil ditolak ke HDA tu aku tanya nurse, kalau saya tertido takpe ke? Dia cakap ok jer kalo nak tido. 


Aku hanya tengok siling je masa disorong tu. Bila dah sampai HDA, aku terbaca shortform bagi HDA. Rupa2nya ia shortform bagi perkataan "High Density Area" atau pun "Wad Separa Kritikal". Tak sangka pulak aku akan ditempatkan di wad seumpama ni... ingat biasa2 je sakit pening aku tadi tu... merasa jugak pengalaman ni.


pre-eclampsia Admit Ward Kali Ketiga (part3)


Gambar kat atas ni adalah tiub masuk air. Keadaan ni adalah selepas 3 hari dorang cucuk ubat elak eklampsia tu kat tangan aku.. yang sebetulnya, pada hari dicucuk tu ada satu lagi tiub bawah tiub air tu. Tiub yang bawah tu lah garam magnasium sulfate (kalau tak silap) untuk elak eklampsia tu. Means, tiub garam di bawah dan tiub air di atas. Tetapi kedua2 cecair tu akan melalui satu saluran jarum sahaja. Semoga faham hehe.. gambar 2 tiub tu aku tak snap pon masa tu sebab lengan aku rasa sakit sikit bila digerak - gerakkan. 


Masa hari first aku dimasukkan ke HDA malam tu, kira2 pukul 2 pagi sorang doktor yang bertugas akan bawak penukul untuk test refleks aku. Masa aku tido tu, tetiba aku terjaga sebab kaki aku diletakkan atas lengan doktor tu dan dia pon mengetuk lutut aku. Dr Husna nama dia. Muda lagi. Muka macam member aku Faraliza orang Taiping yang dah lama aku tak jumpa. Dalam FB pon tak jumpa dia. Anti sosial ke dia ni? Hehehe... kejap je dalam 5 minit lepastu Dr Husna beredar. Ada lah jugak dia tanya aku ada rasa pening ke, loya, nak muntah, pedih ulu hati ke...


Lepas dah tido agak lama, aku rasa ada orang pegang kaki kanan aku. Bila aku buka mata, la... Dr Husna lagi. Aku terjaga dan tunggu Dr Husna selesai ketuk kaki kanan dan kiri aku. Lepas tanya2 macam tadi dalam 5 minit dia pon beredar. Aku pulak sambung tido balik.. 


Tetiba rasa lagi ada orang pegang kaki aku. Aku buka mata. Laaa.... Dr.Husna lagi? Berapa kali doktor ni nak ketuk kaki aku ni? Heran sebab kerap jugak dia datang check aku. Doktor tu mcm tahu je aku heran, terus cakap "akak jangan risau, saya akan check akak setiap jam sekali" hehehe... patutlah... kali ni aku tak tunggu dah Dr.Husna selesai periksa aku. Aku terus tido jer. Memang dah mengantuk sangat dah.. hehe..
Rasa kelakar pon ada.. 😁


Hari pun dah pagi 20 Dis. Kalau dah namanya 24 jam tadah air kencing, bermakna pukul 10 malam ni aku akan bebas. Aku plan bila dah buka tiub tu, aku nk pergi mandi. Malam pon malamlah! Sekarang aku takmo mandi atau pergi toilet sebab renyah. Yelah.. mana tiub kencing kat bawah.. tiub air dengan jarum kat tangan lagi! Sabar jerr aku tunggu sampai koi 10.


Bila jam dah pukul 930 malam, nurse bgtau aku harini tak boleh buka tiub air kencing lagi sebaliknya buka tiub esok pukul 6 pagi. Ya Allah! Bengangnya aku rasa... sia2 je tunggu nak mandi dari pagi tadi. Dah lah aku menderita gatal2 tu.. kalau tahu awal, petang tadi aku dah pegi mandi. Lepas tu, aku terus cari towel dan sabun mandi. Baru aku teringat, semalam nurse packing barang2 aku. Bila aku capai beg, aku tengok, habis tunggang-langgang barang2 aku dalam ni. Nurse semalam main taruk je dalam beg aku tu. Geram dua kali aku malam tu. Terus aku buat perangai perengus. Huh!


Aku hamburkan barang dalam beg aku atas katil. Lepas tu aku amik apa yang patut. Tetiba kain pulak melonggar dan terlucut ke bawah! Aku biarkan je. Tak sempat nak cepat2 tarik atas sebab badan aku ni dah berselirat dengan wayar! Tangan yang kena cucuk pulak ada rasa sengal dan gatal sikit.. Terus je aku pakai towel kat pinggang dan pergi masuk toilet.  Tak penah dibuat dek orang rasanya.. Mujur toilet dekat je. Depan katil aku. Kat dalam bilik air masa tengah tanggal baju, aku dengar sorang nurse mungkin bangsa cina tanya "puan unaizah, puan ok ke? " 3 kali dia tanya kat luar toilet. Tapi aku tak respon. Aku geram sangat. Emosi tak stabil. Aku rasa serabut sangat2! Lepas dah kuar dari toilet baru aku ada mood nak kemaskan barang2.. mungkin sebab badan dah bersih dan wangi agaknya... 


Aku sedar tak elok behave camtu. Tapi aku buat juga untuk puaskan kemarahan aku. Aku tertanya2 sejak bila nurse dapat arahan untuk aku sambung pakai tiub tu lagi sampai 6 pagi esok? Baru tahu ke? Doktor petang tadi pukul 6 datang katil aku. Memang aku ada terdengar ayat macam nak sambung sampai esok pagi. Tapi tu perbualan dorang. Mana boleh aku fahamkan macam tu jer tanpa dorang maklumkan secara lisan sendiri direct kat aku. So, kenapa tunggu dah 930 malam ni baru nak bgtau doktor suruh sambung? 😐😐 sebab aku tengok nurse tu tak bizi pon..


Pasal barang aku pulak, semasa aku mengemas elok2 tu aku terfikir, yelah.. ofkos le barang aku nurse main taruk je dalam beg, mana sempat nak susun elok2 dah nama pon kecemasan... Masa dah cool sikit ni barulah pemikiran jadi waras...  


21 Dis 6 pagi nurse datang katil aku dan bgtau nak buang tiub air kencing. Legaaaaa...bawah dah bebas! tinggal jarum je kat tangan ni. Petang tu dalam pukul 3 lebih camtu nurse datang buang tiub magnesium sulfat kat tangan. So tinggal tiub masuk air je. 


Disebabkan keadaan aku dah stabil, nurse bagitau aku akan dipindahkan ke wad asal balik iaitu  Wad Kenanga 10. Tapi buat masa ni, belum ada orang yang discaj balik.. Means belum ada katil kosong. Bila ada kosong, barulah dorang akan hantar aku ke sana semula. Dalam pukul 4 camtu, aku disorong dari atas katil dari Wad Kenanga 9 (HDA) ke Wad Kenanga 10. Dapat katil 17 macam masuk haitu.


Bye-bye Wad HDA!


Inilah sebabnya kenapa aku tak pergi appointment doktor kat klinik  O&G haini. Macam mana nak pergi? Sebab memang aku dah berada di sini.. hehehe...


Alhamdulillah. Aku sihat dan tak ada apa2 yang terjadi pada hari tu. Aku berdoa taknak la muntah2 lagi dan terkena tanda2 preeclampsia macam haritu sebab tak suka kena tadah air kencing... masuk jarum tu ok...  hehe.. . Harini time melawat petang jam 430 sampai 7malam. Introducer aku dalam bisnes insurans/takaful datang melawat. Banyak juga yang dia bawak untuk aku ngap! Hehe..


Pagi esoknya 22 Dis pukul 930 pakar datang ronda wad. Dr.Sushilnathan. Eh, semalam pon dia jugak di wad HDA. Dia datang periksa aku lepas tu bgtau aku kena buat doppler pukul 12 nanti. Kalau result doppler ok, boleh discaj haini. Doppler tu scan perut rupanya. Ingat ujikaji apa pulak dah... ni first time aku dengar perkataan doppler ni. Ermm..


Alhamdulillah. Result doppler aku ok. Boleh discaj haini. Yang kelakarnya, 5 org member satu ofis aku melawat aku haritu siap bawak sebakul buah anggur merah dengan biskut roll tu walaupon dah tahu aku boleh discaj. Nak datang jugak melawat aku sebab masa admit 2 kali sebelum ni dorang tak dapat datang. Lagi satu sebab nak pegi makan nasi arab kat Al Haura Laguna Merbok tu. Hehe.. masa melawat 1230 sampai 2 petang. 




Nak tunggu surat discaj semua siap memang makan masa jugak. Dalam pukul 330 petang barulah nurse bagitau surat aku dah siap. So boleh balik. Alhamdulillah... 


Lepas kuar wad kali ketiga ni: 

✔ ubat darah tinggi jenis Methyldopa 250mg tu di GANTI dengan Labetalol 100mg. Tapi still kena telan 2 biji 3 kali sehari macam ubat sebelum ni. Start makan Labetalol sejak hari pertama admit lagi. Ubat ni serasi dengan aku.

✔BP atau tekanan darah KEKAL kena amik setiap hari. Aduhaii... ulang alik klinik tiap hari la jawabnya...

✔setiap minggu kena pergi Hospital appointment doktor dekat klinik antenatal (ANC) untuk doppler scan.


Perghhh!!! 
Bizi check perut la lepas ni! Ahakss



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.