Ads Top

(PART 7) Admit Wad Kali Ketiga (part1)


Selepas discaj dari wad kali kedua haitu, kalau ikutkan, aku kena appoinment di hospital selepas 2 minggu keluar wad untuk dorang tengok balik condition aku iaitu pada 21dis. Tapi aku tak pergi. sebab apa? meh aku nak story...


Sebelum tu, jom tengok dulu BP reading yang amik daily kat klinik berdekatan umah aku ni.



BP 8dis 130/90 kali pertama.
120/90 repeat kali kedua.
Alasan bawah tinggi sebab baru makan ubat so ubat belum effective.. hihi..




BP aku cantik je kan? 😉
Disebabkan itu, BP dah boleh amik selang sehari (EOD BP). Legaaa tak payah pergi klinik tiap2 hari dah


BP untuk 14 sampai 16 apesal takda pulak dalam buku pink aku ni? Aku pun tak ingat kenapa takda amik BP untuk tarikh2 tu...


Ni BP untuk 17dis. 
Amik hari cuti kalo tak silap. Jumaat kot..


Tetiba teringat pepatah melayu.. 
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan sebelum tengahhari. Hampeh!!!


Awatlah BP aku tak cantik harini? Urin pon sama... geramnyer akuuuu!!! Tension lak fikir kena admit wad lagi sekali. Masa BP repeat kali kedua tu tak berapa ok, aku bgtau nurse bahawasanya aku hanya makan ubat darah tinggi methyldopa tu sebiji 250mg aje padahal kena makan 2 biji atau 500mg.  Sebabnya, kalau telan 2 biji, aku akan pening dan muntah..


So, apa nurse tu buat? Dia contact doktor situ untuk maklumkan perkara ni. Dan doktor tetap advise aku untuk tetap telan juga 2 biji methyldopa tu sebab dos tu pakar kat hospital yang arahkan.

😤

Rasa macam nak marah. Tapi mujur tak kena admit ward. So balik. Datang balik amik BP 19dis.


Ni pulak BP pada 19dis.
pre-eclampsia Admit Wad Kali Ketiga (part1)

Horrra horeyyy!!! 
Kali ni protin dalam urin bukan 2+ lagi.. dah up jadi 3+ dah. Syabas! 


BP pun repeat dua kali tetap takmo turun jadik normal.. walaupun BP tu dikira ok lepas repeat kali kedua tapi sebab urin 3+ tu makanya... rasa korang pun dah boleh agak kan?Haisshhh geram betoiii.


Nurse pun terus bawak aku jumpa doktor selepas dapat result awesome macam ni. Doktor pulak lepas dapat result ni terus advise aku admit ward dan dia pun buat surat kat hospital. Tapi sebelum tu, dia heran jugak sebab BP takdelah tinggi sangat tapi urin 3+. Dia tanya aku, awak ada keputihan ke?


Sebetulnya, dah 4 hari aku rasa gatal2 kat bawah sana. Tapi aku check takda keputihan. Cuma gatal yang sangat2 merenyam. Sedih betoi la time pregnan masalah bertimpa2 camni. Dulu pregnan takda apa2 masalah pun. Yang aku tahu, pergi hospital sebab nak bersalin je sebab dah turun tanda. Hummm... walau bagaimanapun, aku ada beli pencuci intimate biasa2 kat kedai runcit untuk atasi masalah ni. 


Aku syak masalah ni berpunca dari ubat!!! 😡


Tapi aku tanya doktor balik. Keputihan tu gatal tak? Tapi disebabkan jawapan doktor kurenggg memberangsangkan, maka aku jawablah tak ada. So, final dia tengahhari tu aku berjaya naik ambulans buat kali ketiga. Well done!

....


Entry lepas tu panjang so aku decide yang ni aku buat part1 and part 2 lah. Nanti aku continue story...

Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.