Ads Top

(PART 6) Admit Kali Kedua dan Viral Fever


fuhhh... lega... 
jumpa jugak gambar2 masa admit ward kali kedua kat HSAH! 


Sebenarnya sebelum kena admit wad kali ni, henpon aku jatuh ke lantai. Retak seribu skrin dia dan langsung tak boleh on. Hari tu jugak ajak ofismate aku temankan aku beli henpon. Aku beli Oppo. Tapi disebabkan aku biasa guna Samsung, jadi aku jual Oppo kat ofismate lepas 7 hari guna. Beli 700 jual 450. Rasa rugi yakmat! Tapi tak puas guna Oppo.. pegang rasa macam plastik je.. hehe..


Lepas tu tak beli2 henpon sebab ingat nak guna henpon Huawei laki aku dan duit tak jadi beli henpon tu nak buat beli Apple ipad baru untuk urusan keja. Huawei ni henpon laki aku. Dia beli untuk guna sementara nak ada duit untuk beli henpon yang lebih selesa. Tengah survey ipad kat Lazada dan PC Depot, aku kena admit ward pulak dah!!! 😧


so, sepanjang dok wad, aku snap gambar dan simpan dalam Huawei je. Tak upload fb pon. Lepas tu aku beli henfon baru sebab tak jadi beli ipad. Mujur ada lagi gambar aku save dalam henpon Huawei tu. Kalo tak, sedih jugak lah.. kenangan tu... 


Ok. Lepas discaj admit wad kali pertama haitu, aku dikenakan EOD BP iaitu amik BP setiap selang sehari.

Ni dia reading bp aku lepas discaj.

Tarikh admit : 17/11/2016
Tarikh discaj : 18/11/2016

BP 19/11 ~ 120/80

BP 21/11 ~ 118/85 bawah rendah

BP 23/11 ~ 120/80

BP 25/11 ~ 120/80

BP 27/11 ~ 120/93 bawah rendah


Setakat ni urin dgn bp aku okay-okay.. alhamdulillah.


Pada 28/11 tu sebenarnya aku kena appoinment di klinik untuk amik darah OGTT jam 8pagi dan 6/12 pulak kena repeat scan perut.


Tapi nak dijadikan cerita, aku demam. Aku start demam hari Sabtu malam lagi iaitu pada 26/11. Masa pergi klinik amik BP 27/11 tu dah ada nurse tegur muka aku nampak tak bermaya. Aku cakap la rasa macam nak demam. Tapi nurse tak suruh pun aku jumpa doktor. Aku pulak rasa macam takda apa yang serius je.. lagipon bp pun ok..jadi aku balik..


Malam tu aku rasa makin teruk demam aku. Makan pun tak lalu.. Time tido ada jugak sekali sekala aku terjaga sebab rasa macam ada contraction kecil kt ari2. Dalam 2 ke 3 kali jugak aku rasa. Tapi sekejap2 jelah.. risau jugak aku. Sebab baru 28 minggu. Selalunya minggu ke 32 ke atas baru rasa.. ikut pengalaman sebelum ni lah.. risau kalau kena bersalin awal.. macam tak ready jer.. huhu


Demam malam tu melarat ke pagi.. tengahhari.. appoinment klinik untuk amik darah OGTT aku tak pegi. Badan langsung tak bermaya nak bangun. Ingat nak pegi klinik petang pon terpaksa aku abaikan. Sah aku dah demam. Husben aku pun cuti sebab jaga aku. Aku ingat esok lusa boleh lega sebab tu tak pegi pon klinik swasta untuk amik ubat dan mc.


29nov aku demam lagi. Pukul 3 petang klinik telefon aku untuk suruh aku ke klinik untuk amik darah OGTT dan BP. Dorang call husben aku. Henpon aku kan rosak time ni. Dorang tanya kenapa tak datang semalam. Lepas aku bagitau aku demam, terus dorang suruh aku datang untuk jumpa doktor. So, dalam tak larat tu, aku pergi jugaklah ke klinik dgn husben aku.

Dan hasilnya...


Temp aku petang tu 37.6°C 
BP pun tinggi 140/100
Lepas repeat kali kedua 150/90 lak..
Urin pon kotor... 

aiseh... kena masuk wad la ni.. hmmmm... tapi ok jugak, sebab aku memang tak larat.. nak rehat kat hospital je rasa.. 


Dari bilik doktor, aku kena pergi pulak ke satu lagi bilik. Kat bilik tu klinik amik darah. Darah utk test OGTT rasanya ni dan takda kena mengena dengan demam. Tak tanya pulak aku time tu.


Nurse kat situ suruh aku bgtau husben aku yang tengah tunggu kat lobi klinik tu bahawasanya aku kena admit ward. Lepas aku maklumkan, terus dia balik rumah untuk prepare barang kelengkapan makan minum mandi aku kat hospital sementara klinik prepare dokumen untuk bawa aku ke hospital.
Husben aku tunggu kat tepi jalan depan jalan besar umah aku untuk pass barang kat aku. So, petang tu buat kali kedua aku naik ambulans... 🤒

.....


Sampai di hospital, macam biasa kena amik BP, amik urin, timbang berat lagi sekali.. lepastu kena masuk bilik rawatan untuk scan baby dan amik reading jantung baby.. CTG Scan dorang panggil.. alahh yang pakai dua belt dan ada mesin kat sebelah tu...


Lepastu doktor sampai. Dia tanya aku sebab apa datang hospital. Lepas aku bgtau aku demam, bp tinggi dan urin kotor teringat nak bagitau dia yang ada jugak rasa macam contraction semalam dengan 2 3 malam yang lepas. Aku bgtau selalunya contraction aku akan alami dalam minggu ke 32 ke atas aje. Doktor angguk-angguk dan terus suruh aku tanggalkan panty untuk check jalan sebab takut jalan dah bukak. Time ni baru 27 minggu 5 hari.. menyesal pulak bagtau ada rasa contraction tu.. sebab tengah takda rasa sakit tapi kena pulak dedah celah kangkang..hewheww


Tapi sebenarnya cuak jugak. Manalah tau kalau betul2 dah buka jalannya. Serious tak ready nak bersalin lagi. Tapi alhamdulillah. Jalan belum buka. Lega. Tetiba ada sorang nurse datang kat aku suruh aku kangkang macam nak bersalin tu dan dia masukkan tiub panjang kat situ untuk amik air kencing. Sambil mengangkang dan nurse buat keja, aku tanya kenapa tak suruh jer aku pegi kencing kat toilet? Dia jawab sambil berseloroh "ni kita amik terus dari tangki!" Steadylah.. nampak profesional! Hilang takut aku. Hmmm mungkin hospitl nak amik urin aku dalam kuantiti yang banyak kot untuk dorang kaji.. mujur tak sakit time masuk dan keluarkan tiub tu.


Tak lama lepas tu, nurse lain pulak datang kat aku dalam bilik rawatan tu. Dia bagitau nak cucuk kat punggung ubat kuat paru2 baby. Dengan kaget, aku tanya nurse "kenapa kak, saya ni kena bersalin awal ke?" Tetiba doktor tadi masuk. Sebenarnya dia pun dalam bilik tu jugak. Dalam bilik tu ada dua katil rawatan yang ditutup dengan tirai kalau ada patient. Maknanya dia masuk kat ruang katil aku lah. Doktor tu cakap "kita cucuk sebab baby baru 28 minggu dan paru2 dia tak kuat lagi. Kalau jalan bukak awal sebelum due dan baby nak keluar atleast paru2 dia dah kuat" lepas tu doktor tu pun pergi. Aku tanya nurse, sakit tak? Nurse cakap sakit jugaklah..


Masa kat sini, ada doktor cina perempuan amik darah aku. Kat lengan. Tadi masa di klinik pun amik darah kat lengan jugak..


Lepas dah siap rawatan kat situ, aku kena duduk atas wheelchair dan ditolak ke Wad Kenanga 10.

 


Bila dah naik ke wad, tukar baju pink semua, masa ni dah hampir pukul 8 dah. Aku memang dah kelaparan. Minum air jelah... 


Malam tu dalam pukul 2 ke 4 pagi doktor datang katil aku untuk amik darah. Kan aku demam. Manalah tahu kot2 denggi ke..


Sambung tido balik. Pukul 7 camtu nurse datang kejutkan aku untuk cucuk kat punggung lagi sekali. Dia tanya aku," pkul 7 petang semalam ada cucuk dexa tak kat punggung?" Aku tanya balik nurse tu.. "cucuk matang paru2 baby tu ke? Haah ada". Lepas tu Nurse tu cakap nak cucuk lagi sekali sebab dexa tu kena bagi 2 kali selepas 12jam cucuk kali pertama.

Aku decide nak cucuk punggung sebelah kiri sebab semalam cucuk punggung sebelah kanan. Semalam tak rasa sakit macam harini.  Hari ni rasa ubat tu macam keras pulak! Sakit lah jugak... huhu



Amik darah untuk buat ujikaji ni biasanya kat urat di pelipat lengan tangan ni. Doktor yang akan amik darah patient. Dorang akan isi darah ke dalam 3 bekas macam tabung uji tu bersaiz jari kelingking dan lekatkan nama kita yang printed. Kalau dah 3 bekas paham2 jelah... besar jugaklah saiz picagari untuk amik darah. Saiz jarum pun taklah kecil sangat. Kadang2 aku tengok jugak doktor amik darah tapi kadang2 rasa loya jugak bila tengok darah... darah aku merah gelap... 


Admit Kali Kedua dan Viral Fever
Ni jarum kat tangan kiri.

Ni bukan masuk darah tapi masuk air. Hehe.. nampak tiub tu merah sebab aku dok tak diam. Ni mesti sebab badan aku panas dan demam tu sebab kena masuk air masa hari first admit ward ni. Aku tak ingat bila jarum ni ada kat tangan aku. Sebab dalam satu hari ni banyak kali sangat kena cucuk dengan jarum!


Masuk air mulai 29/11 sampai 1/12.. masa ni badan aku dah tak panas. Nurse check temperature aku hari2 dan tiap2 pagi sekali dengan check heartbeat baby. Walaupun dah tak panas, tapi tubuh badan aku langsung tak bermaya. Nak bangun jalan pun tak larat. Batuk ada lah sikit. 


Ni jarum kat tangan kanan. Tak ingat dah sebab apa ada jarum sebelah kanan ni. Tapi bila jarum cucuk kat tepi2 macam ni rasa gatal cikit.. hmmmm... 


Hari ke 4 kat wad, malam tu aku rasa sejuk sangat. Aku slow kipas buka 1 kelajuan je. Nak off kipas tak boleh. Bila off rasa pening kepala. Orang katil sebelah buka kipas laju.. 5 kot.. tak tahan, aku tarik kain tirai sampai hujung katil aku.  Macam biasa pukul 3 pagi nurse datang wad amik BP dengan heartbeat baby. Bila dia check temperature aku, aku dengar nurse tu pegi rujuk kat kawan dia dekat kaunter dengan nada terperanjat. Dia cakap "patient ni demam balik... tinggi ni".


Kat wad macam biasa, pagi2 doktor atau nurse akan letak file patient atas meja beroda depan katil kami. Doktor akan baca file tu sekejap mungkin untuk review patient ni sakit apa. Doktor yang baca ni biasanya doktor muda. Nanti dorang akan present kat doktor pakar yang akan datang melawat di wad.  


Masa dorang tinggalkan file aku atas meja beroda tu, aku pon curi2 tengok temperature aku pagi tadi. Wah! Lagi tinggi dari hari aku admit haitu. Kali ni 39.8°C.  Patutlah malam tadi sejuk sampai menggigil... esoknya temperature aku ok pulak.. tak tinggi.. kali ni masuk air pun tak..


Lama jugak aku kena admit ward sebab demam ni. Aku ingat ni demam biasa. Tapi aku ada dengar doktor cakap pasal virus fever atau viral fever lepas 6 ke 7 hari aku admit ward. Masa admit haitu doktor ada tanya aku kalau2 ada jiran atau kawan tempat sekerja yang demam denggi. Masa ni result darah amik masa first day tak dapat lagi.


Akhirnya setelah masuk hari ke9 aku ditahan di wad HSAH, Doktor pakar iaitu Dr Haliza benarkan aku discaj. Hari ke8 pun dia juga yang ronda wad. Sebenarnya aku masih belum sihat sepenuhnya lagi. Tapi macam ni jugaklah keadaan aku hari2 sebelum ni. Tak bertambah teruk dan tak bertambah baik. Dr.Haliza tanya "awak ada apa2 nak cakap?" Lepas dia discaj aku. Aku cakap lah "badan saya tak larat, saya tak lalu makan, tapi doktor cakap saya tak demam" time ni bergetar ckit suara aku..



Dr explain. Kita bg discaj sebab mungkin awak perlu suasana baru. Aku pun setuju sebenarnya. Sehari selepas discaj tu, aku balik ke rumah mak aku sebab anak2 aku ada di sana. Start aku demam haitu anak2 aku mak aku jaga di kampung. Kan dah cuti sekolah.


Pagi nak balik kampung aku tu, kereta buat hal tak hidup.. lepas dah tukar bateri baru hidup. Tu pon lepas kedai bukak pukul 11. Pukul 12 tgh hari jugaklah baru aku gerak balik kampung aku dengan husben.


Tapi jumpa sekejap ajer. Dari pukul 1.30 sampai pukul 5 je sebab lepas tu husben aku bawak pulak anak2 balik kampung dia.



Ok. Lepas discaj kali kedua haitu :

💊dos ubat darah tinggi aku masih lagi Methyldopa. Tapi dah bertambah daripada 1 biji 250mg ke 500mg iaitu 2 biji.

💊BP kena amik setiap hari/daily. Dulu EOD BP selang sehari.



Ok.bye!


teruskan bacaan ~ PART 7

Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.