Wednesday, 10 February 2016

Udara Segar Nyaman di DESA CATTLE FARM


 29 April 2015


Sebenarnya tak dapat dipastikan dan tak ingat pukul berapa kami bergerak balik dari Poring ke Hotel untuk solat Zohor.  Tapi yang pasti, pukul 4.00 petang kami dah sampai di Desa CF.  Agak lewat jugalah walau pun hotel dengan Desa CF ni dekat jer pun...




Jalan nak masuk ke Desa CF tu berbatu-batu. Takda tar. Kalau kereta sendiri mau nangis pikir sportrim bengkok hewhew.. Terpaksalah pandu perlahan-lahan.


Sebaik sampai sahaja, hati pon melonjak-lonjak gumbira! Angin segar terasa sejuk.. cuaca redup tak panas, pemandangan menawan kalbu dengan gunung-ganang..wahhh memang heaven! Patutlah ramai blogger suka menggelar Desa CF ni sebagai New Zealand Malaysia!


time sampai lembu dah tak berkeliara kat padang dah. 
Nak tunggu lembu kena perah susu pun terlepas..




Kat dalam Desa CF ni ada kedai souvenir, makanan dan minuman jugak. Souvenir Desa CF ni boleh tahan mahal jugaklah mungkin sebab eksklusif. Tapi walau pun mahal pada aku, tetap beli jugak mendalah ni. Rugi kalau tak beli hahaha... mungkin aku takut kat tempat lain tak jual fridge magnet (FM) Desa CF..


F.Magnet beli 2. Satu bagi mak, satu lagi tak ingat dah..hehe



Susu segar ni kami beli 2 kotak besar dengan tamaknya.  
Ingat nak minum dengan roti malam nanti kat hotel. 



Aiskrim perisa coklat yang diperbuat daripada susu lembu segar.


Sebelum balik ke Hotel, kat sini kami pekena dulu aiskrim sorang satu. Harga RM4.50 satu kalo tak silap aku. Aku amik perisa coklat, member aku perisa vanila. Perisa vanila lagi sedap pulak... hehehe.. Kami duduk kat bangku yang disediakan kat luar menikmati udara segar nyaman sambil makan aiskrim... best wooo!! memang layan hahaha... should do this moment kalau korang datang sini, ok? hehehe...




Elok je kami masuk dalam kereta, hujan pun turun. Tak lama lepas tu hujan turun lebat sangat. Time balik tu perut rasa sangat lapar.. baru teringat tak makan tengah hari lagi hari ni.. Disebabkan teringin nak makan benda berat, so kami decide untuk beli KFC kat Pekan Kundasang.  Nak beli nasi, kena cari kedai dulu. Dengan hujan dan berada kat tempat orang ni ditambah dengan keadaan hari yang semakin gelap, so tak payahlah. Makan KFC je lah. Lama jugaklah tunggu dalam kereta sampai hujan reda sikit. Hari tu, pukul 7 kami sampai hotel.

Disebabkan dah kenyang makan KFC, susu tadi hanya tinggal separuh je.  Esok paginya aku tengok dah basi susu ni sebab tak simpan dalam peti sejuk.  Hotel kami menginap tu tak sediakan peti sejuk. Hmmm membazir jer... Astagfirullahalazim...

Malam tu, lepas mandi, bersihkan diri dan solat, member aku layan tengok TV, manakala aku pulak teruja tengok itinerary esok!