Wednesday, 10 February 2016

Pasar Buah Kundasang


30 April 2015

Pheww!! Dah 3 hari rupanya kami kat Kundasang ni. Alhamdulillah, hari ni menjadi hari terakhir kami menghirup udara segar Kundasang. Sepanjang kat sini, kami dah sampai ke Mesilau Nature Resort yang mencabar, Tahubang Lodge yang sempoi, Kinabalu Park yang sejuk dan ohsem, Poring Hot Spring yang very adventure, Canopy Walk, dan melawat Desa Cattle Farm yang dingin bak New Zealand... hehe

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat kat sini (Ranau/Kundasang) yang kami tak pergi seperti Sabah Tea Garden, Fish Spa Sungai Tagal (Ikan Kelah) dan melawat Kinabalu Pine Resort.  Sebenarnya Kinabalu Pine Resort ni dah nampak masa on the way ke Poring haitu. Tapi disebabkan tak sempat coz kami nak ke Desa Cattle Farm, so kami tak singgah lah kat situ walau pun hanya tepi jalan je..

Tips nak bagi, korang kena duduk 4 hari di Kundasang (checkout hari ke-4) kalo nak cover semua tempat di Kundasang/Ranau ni. Macam aku, 3 hari tak cukup! Disebabkan aku tak pergi, so aku google je tempat tu untuk tatapan korang. Tengkiu pakcik google!

Fish Spa Tagal, Sungai Moroli, Ranau


entrance



tudia...ikan kelah banyak baqhang!!! ada bran ka??

aku konpom macam bro ni! ngeee....


memang best walaupun baru tengok gambar dorang ni ber 'fish spa' kat Moroli ni., kan?
kalo aku pegi pun, mungkin lepas setengah jam baru berani celup kaki dalam ni kot..


Sabah Tea Garden



di Sabah Tea Garden jugak ada disediakan penginapan. Tapi kedudukannya sangat jauh dari Kundasang (ada Desa Cattle Farm), Ranau (Fish Spa) dan Kinabalu Park (Mount Kinabalu) iaitu tempat-tempat yang banyak attraction.

Sabah Tea Garden ni mungkin dekat dengan Poring Hot Spring sebab aku ada ternampak sign board Sabah Tea ni masa nak pergi Poring haitu.  Poring pun dah macam kat hujung dunia, apatah lagi Sabah Tea ni kan? Kalau korang nak merasa dan mencuba, tak salah pun... aku jugak maybe next time sampai sini, mungkin memilih untuk menginap kat Ladang Teh pulak kan? Apapun, Hotel aku duduk iaitu TM Hotel sangat strategik lah! duduk kat tengah-tengah tempat attraction ni semua.


KINABALU PINE RESORT

pinjam dari blog kak neena. blog dia best!
korang kena masuk sana lepas baca blog aku OK! wakakaka...
haitu dok berangan nak menginap kat sini sebab nak selfie kat sini lah...view subhanallah cantik amat!
tapi kos tinggal sini mahal... nak singgah pulak tak sempat...
ok takpe, ada hikmahnye tu.. (pujuk hati sobbsss).


 Ya Allah! SubhanAllah! How i love to be here!
i love gunung-ganang... iklim sejuk-sejuk... oh dilwale sangatttt!!!


Asalnya dulu, masa booking hotel, teringin nak menginap di Kinabalu Pine Resort, tapi harganya mahal sangat untuk kami berdua kongsi bayar.  Harga Rm400++ untuk 3 hari. Sebab tu kami booking Mesilau NR.  Tapi rupa-rupanya, apa yang kami lalui pada hari pertama iaitu terlewat sampai di Kundasang, dan pada hari kedua iaitu selepas melihat lokasi Mesilau NR, sehingga kami ambil keputusan tukar hotel, rupa-rupanya adalah perancangan Allah yang maha mengetahui dan maha kasih.

sayang gambar tak clear... yang putih tu kabus tebal beb!!


Hotel TM tempat kami menginap tu, ada balkoni di belakang. Walau pun belakang, tetapi ianya menghadap jalan dan Gunung Kinabalu.  Kami check out jam 8.30 pagi. Sempatlah posing dulu kat balkoni ni... View cantik sangat-sangat walaupun tak tinggal di Kinabalu Pine Resort. Kabus agak tebal time ni. Alhamdulillah.. rasa macam dok Kinabalu Pine Resort! ahahaha...


Pasar Buah Kundasang.


Pasar Buah Kundasang ni betul-betul  terletak kat sepanjang jalanraya/ jalan besar di Kundasang iaitu dari Bulatan Mesilau (datang dari Kinabalu Park) ke Ranau.  Dengan suasana sejuk, aman damai... kereta yang menyinggah kat tepi-tepi jalan pun banyak.. tak kiralah pelancong asing, pelancong tempatan mahupun orang Sabah sendiri.. Memang rasa terujaaaa sangat nak membeli kuih-muih tradisi orang Sabah kat sini!

Jom kita tengok gambar!!
(p/s: gambar lebih besar dari biasa untuk kepuasan menengok hahaha)





keseluruhan bangunan Pasar Buah ni  dibuat daripada kayu je. Kayu pun dah buruk dah.. Time korang datang nanti mana lah tau kot-kot dah bertukar rupa Pasar Buah ni.. atau mungkin dah pindah lokasi Pasar Buah ni. Rugi tak dapat merasa suasana membeli kuih muih tradisi orang Sabah ni kat tepi jalan macam ni. 


gerai Bunga pula terletak di seberang jalan iaitu berdepan dengan Pasar Buah.



Amplang.


Rata-rata kedai kat sini jual Amplang ni. Perisa udang sotong macam tu. Amplang ni kat KK pun ada jual malah lebih murah. Tapi aku lebih suka beli apa sahaja kuih muih atau buah-buahan pelik-pelik macam ni kat kedai-kedai yang macam ni, baru rasa betul-betul sampai pedalaman Sabah (walaupun Kundasang ni bukan pedalaman sangat) dan ditambah pula kami membeli pula time nak balik, memang rasa macam bye-bye Kundasang sangattt! hehehe..



kedai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang murah gila!



buah yang sudah siap dipotong pun ada jual. 


Tetiba teringat kat RNR Highway yang terdapat di Semenanjung mesti jual buah siap potong. Memandangkan kami tak breakfast lagi, so aku beli buah potong-potong ni untuk makan dalam kereta jap lagi. Murah je.. tak silap aku satu bekas RM2, beli  campur-campur 3 bekas dapat RM5 je.. buah pun sedap dan manis!


hasil shopping pagi ni.


Ahahaha.... habis RM45 membeli buah dan kuih tradisi Sabah di sini. Kalau diizinkan umur panjang dan sihat, aku pasti kembali lagi ke Kundasang ni, in Shaa Allah. Eh, takde gambar selfir aku kat sini? hahaha ralit membeli sambil tawar-menawar sampai terlupa nak selfie sekeping dua kat sini buat kenang-kenangan.