Ads Top

Pengalaman Bercuti di Sabah (Part 3)


Bilik dah dapat, checkin pun sudah.. beg baju pon dah masuk dalam hotel, mandi..kami tak boleh lepak-lepak lelama sangat kat bilik sebab nak terus gerak ke Poring Hot Spring, Ranau. Jauh gila lokasi Hot Spring ni. Mujur naik Viva, minyak tak kedarah kuat! Viva forever...ahaks... 


Poring Hot Spring, Sabah
Poring Hot Spring main entrance.. 
masuk dalam dan park keta kat dalam.


Banyak juga kolam air panas kat sini.. cantik pemandangan.. tapi tetap tak boleh lawan resort air panas Ulu Legong, Baling Kedah sinuuuunnn... hehe..janji boleh mandi dan selesa lah kan? Time sampai ni ada la 4-5 orang Japan or Korea cantik-cantik...hehe.. Tapi orang tempatan takdo.. Kolam air panas mana ada orang mandi siang-siang kan? mungkin time malam barulah meriah kot... 


Poring Hot Spring, Sabah
aku tak turun mandi pon... melihat dari jauh.. huhu


Tujuan asal datang sini, kat Poring Hot Spring ni bukan nak berendam dalam air panas sangat.. tapi sebab teruja nak try jambatan gantung Sabah ni atau dikenali sebagai Canopy Walk!



Titian Kanopi Poring

 main entrance nak naik Canopy Walk.
Tiket tak sampai RM5.. dalam RM3-4 camtu..
Camera kalo takmo kena rampas, declare siap-siap kat sini..
dalam RM5 untuk sebijik camera..


Lepas je bayar tiket, kat belah dalam, ada signboard ni. 
Menapaklah kami dalam hutan ni.. 


hidung dah kembang-kempis...semputttt...hahaha..


dah nama pun Canopy Walk... haruslah jalan jauh dalam hutan ni.. sambil sembang-sembang menambahkan lagi kemengahan... aku nak syorkan korang buat exercise dalam tempoh sebulan sebelum datang sini! Supaya korang fit!! Jangan ingat lepas bayar tiket masuk terus nampak jambatan gantung yer.. mintak maaffff banyakkk2.. ko kena jalan-jalan-jalan-jalan-jalan dulu sampai lenguh kaki dan berpeluh! lepas tu baru nampak...


Ni tak, macam aku, badan dah berpeluh-peluh, dada dah semput, Canopy Walk nye tak jumpa-jumpa lagi!!! weiiii!! mana dia Canopy Walk ni?!!



niin diaa.....  
akhirnya jumpa pondok penjaga kat sini.. ada sorang pkcik jaga.. nampak tak jambatan gantung kat depan tu? pakcik tu dah perasan kami, terus jalan pimai-pimai atas jambatan tu.. nak bagi kami konfident kot?hihi..


Titian Kanopi Poring


 akhirnya dapat juga merasa 'nikmat' naik Canopy Walk made in Sabah ni. 
Berjaya pergi dan pulang. hahahaha...


Canopy Walk ni sebenarnya adalah jambatan gantung yang menghubungkan pokok ke pokok. Jambatan ada 4. Means pokok ada 5 la. Jambatan yang pertama dan kedua, member aku mulakan dulu. Jambatan yang ketiga dan keempat barulah turn aku mulakan. 


Nasihat aku, seboleh-bolehnya, jangan jadi orang yang pertama. Kalo jadi orang pertama yang start, dugaan dia adalah apabila orang belakang mula. Time dia pijak jambatan tu, bergegar-gegar jambatan kalo dia tak pijak pelan-pelan. Boleh terhayun jantung dibuatnya!


Jambatan ketiga lagi mengancam! Ingat dekat nak habis, lagi rendah. Tapi makin tinggi dari tanah. Aku sempat pandang ke bawah.. GELAP! Maknanya jambatan tu berada pada kedudukan tinggggiiiiii sangatttt... Aduyaiiii... Terketar-ketar lutut.. Time tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Nak patah balik? lupakan saja.. yang lawak, demi mengalih perasaan takut tu-taknak fokus sangat, sempat aku tanya member aku "kita nak lunch kat mana satgi yus?" hahaha.. heran member aku.. orang tengah pikir macam nak mati dia boleh tanya pasal makan pulak! hehehe...


Aku ada terbaca kat blog orang lain, siap bawak anak kecik sekali naik jambatan. Perghhh! Tapi nasihat aku, kalo ada anak kecik, tak payah naiklah.. sama jugak kalo bawak orang tua.. entahlah, aku rasa macam tak selamat je.. Tepuk dada, tanya akal.. 


Kat jalan keluar... aik,tadi masuk pon kat sini kan? 
Kalo aku tahu jalan keluar adalah di tempat yang sama, baik aku naik ikut sini je.. pastu boleh turun bukit laju-laju, tak mengah.. takyah penat2 mendaki.. 


Peace yo! Muka hepi hajat naik Canopy Walk tercapai! Alhamdulillah...


Selesai menaiki Canopy Walk, time jalan balik tu, baru nampak air terjun, butterfly farm..
Kami terus gerak ke Kundasang dalam pukul 3 camtu. Nak tengok lembu kat kaki gunung Kinabalu pulak!


Pengalaman Bercuti di Sabah (Part 4)




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.