Monday, 30 March 2015

Pengalaman Buat Pinjaman Perumahan Kerajaan Untuk Beli Rumah Dalam Pembinaan



Hajat nak beli rumah sudah sekian lama terpendam.. 
bermula tahun 2012 hasrat nak ada rumah sendiri semakin hari semakin membuak-buak.. apatah lagi aku sudah bekerja di Sungai Petani, Kedah. Memang dah semakin dekat dengan kampung halaman. 

Tiap-tiap malam sebelum tido wajib dah bagi aku mengadap tablet Samsung 7 inci milik aku sendiri search dalam mudah.my cari rumah-rumah second-hand.  Murah betoi rumah teres kat SP ni! heaven oii! Dulu masa keja kat Balik Pulau rumah mahal nak meninggal.. Rumah teres kat Pondok Upeh tu pon gila-gila harga dia! Mujur dapat tukar kat SP ni.. Alhamdulillah...

Kenapa hajat nak beli asyik tertangguh-tangguh? Sebabnya aku ni dok jenuh pikir nak beli rumah second atau baru. Nasihat arwah CC aku, elok beli rumah baru.. Dalam otak aku pulak planning nak beli rumah second around 70k gitu.. pasti beli lagi dan lagi.. konon nak jadi jutawan hartanah.. kekeke

Setelah penat memikir siang malam, tambah dah fedup asyik dok ngadap tablet cari rumah jer tiap-tiap hari, akhirnya aku buat keputusan beli rumah.  Yup, aku beli rumah baru di Sungai Petani. Hoho..tunggu sampai tamat study baru buat/pikir hal rumah! Kiranya tahun 2015 ni adalah tahun untuk aku pikir pasal nak buat harta pulak.  2010 - 2014 study. 2015 pikir pasal duit pulak.. buat satu-satu, fokus sampai berjaya.. hehe.

# rumah pertamaku.. Alhamdulillah... 


Bermula 8 Jan 2015 (Khamis) sempena hari baik ni aku 'cuba try test' nasib kat Pejabat Pemaju Perumahan Jesin. Pejabat dekat sangat dengan Stesen Bas SP yang penuh nostalgia tu.. Aku pi dengan member satu opis, Yus around 3.30pm. 

Kat pejabat tu aku cari lokasi rumah yang aku berkenan. Tanya corner lot, chinese staf tu cakap semua dah sold out..yang bertanda merah tu semua orang dah booked. aku rasa hampa la jugak. tapi misi nak beli rumah dah bulat. dah tekad. nak beli jugak. takpa, aku pon cari lah lokasi rumah mana yang aku berkenan. 

tetiba ternampak satu endlot yang belum bertanda merah! eh..eh..? terus tanya balik, yang ni takda tanda pon? hahaha poyo soalan kan? then chinese staf tu pon check balik, eh, ahhaa rumah tu available.. saya pon tak perasaan.. prfffttt!! apalagi, tak sabar-sabar la cakap 'kalo camtu, saya nak beli yang ni lah!' hahahahahaha...


# rumah pertamaku - layout plan


Then, check harga rumah. Bagi payslip sendiri, salinan ic aku, surat pengesahan jawatan, pengesahan pelantikan, tak ingat apa lagi yang aku dah bagi. harapan masa serah dokumen tu semua adalah supaya boleh lulus. Staf kat situ cakap boleh lulus.. tapi aku redha kalo tak lulus sekalipon.. anggap takda rezeki jerr.. buat plan kedua la..

11 Jan 2015 (Ahad) yakni 3 hari selepas bertandang kali pertama, aku bertandang lagi kali kedua. Kali ni pergi dengan anak dara aku Nur Syairah. Pukul 11 pagi sampai kat pejabat terus bagi payslip suami buat backup loan.  Aku dapat satu form untuk isi. BPP punya form yang developer download. Lepas isi form tu aku kena hantar kat diorang untuk keyin dalam komputer. Form tu aku boleh isi online sendiri tapi oleh sebab aku tak mahu buat benda-benda tu walaupon aku celik it. Takut silap isi. Lepas tu, staf terus bagi aku t/tangan dan turunkan cap ibu jari dokumen beli rumah. Ada 4 sets semuanya.  Kalo tahu kena t/tangan banyak set macam ni takda lah aku bawak Syairah.. Fuhh!! penat aku marah dia sebab suka main kerusi.. tapi proses tetap dilakukan..

13 Jan 2015 (Selasa) aku hantar form tu balik kat Jesin.  Lepas ni dorang akan keyin masuk dalam website BPP.  Tapi problem exist bila ada libat password2 ni.  Baru aku ingat dulu aku ada daftar kat website BPP. Tapi aku dah tak ingat password loll... dah byk kali cuba reset, Jesin banyak kali call aku sebab password aku bagi takleh masuk.. sebab diorang nak keyin Ya Allah.. Permudahkanlah.. hambamu ini dah tak sabar nak ada rumah sendiri dah ni.. hahaha.. konfom Allah kesian kat aku. Akhirnya sekitar 25 Jan 2015 (lupa nak catit, sms pon dah buang) camtu boleh jugak masuk emel aku.. Jesin berjaya isi form loan perumahan dan dorang pon emel terus kat aku petang tu. Habis waktu keja aku terus ke cafe dekat pekan Bujang tu untuk print. Aku print 2 set walaupon staf tu cakap cukup/nak satu je..




29 Jan 2015 (Khamis) lepas Bos a.k.a Ketua Jabatan sign form loan rumah aku walaupon time tu pukul 4.30pm.  Hari khamis keja sampai 3.30 je bagi negeri Kedah. Saja aku tunggu kot2 bos masuk pejabat. Nak call suruh sign form tu tak gamak pulak sbb hal personal.. Dok berdoa dalam hati supaya dia masuk pejabat petang tu, bolehlah aku terus submit form tu cepat cikit.. Nak tunggu minggu depan tersiksa jiwa raga aku huhu.. Aku call Miss Lim kat Jesin untuk hantar form tu. Minta dia tunggu aku sebab ofis Jesin tutup pukul 5pm. Risau jugak takut membazir duit minyak. Pukul 5.10pm aku selamat hantar form kat Jesin. Miss Lim inform aku dalam tempoh sebulan lepas diorang submit form tu boleh tahu samada loan lulus atau tidak bergantung kepada clerk kat sana.. paling lewat 2 bulan ke 3 bulan.. fuh!! Jadi 29 Feb 2015 aku dah boleh tahu laaaa .. takpa up sikit, 1 Mac 2015 hehe.. lepas tu, staf tu bagi satu salinan kontrak yang aku t/tangan haitu kat aku, dan bagi pulak kalendar 2015. aku pelik sebab gaya macam dah lulus je pinjaman perumahan ni. hahaha..bayangkan macam mana aku terpinga-pinga masa diberi benda-benda tu semua..

8 Feb 2015 (Ahad) 3pm aku dapat surat daripada lawyer pasal byrn 10% loan rumah. Memandangkan aku buat loan kerajaan beli rumah pertama ni, member aku Yus cakap tak perlu bayar apa-apa.  Sebab ikut pengalaman dia laa tapi dia beli dari syarikat perumahan Bandar Saujana. So, to clarify the thing, aku ke Pejabat Jesin haitu jam 3pm aku sampai. Kebetulan nak hantar husben aku naik bas balik kg.  Mujur syarikat Jesin cakap tak perlu bayar apa-apa.  Risau juga aku.. Tapi aku kena bayar interest jika loan perumahan aku tak lulus.  Untuk pengetahuan semua, aku dapat rebate RM8k untuk rumah tu. Aku diberi pilihan untuk buat loan penuh harga rumah dan akan dapat cek jumlah RM8k. So boleh guna untuk bayar lawyer dan masuk api air.. Tapi aku taknak. Aku nak buat loan jumlah lepas harga rumah tolak rebate.  Boleh save dalam RM20k camtu. Walaupun tak rasa potongan tu dalam potongan bulanan, tapi ia bermakna pada aku. Aku decide nak guna duit simpanan sendiri untuk bayar lawyer dan masuk api air. Sedikit kepuasan di situ.. hehe

Fuhhh ... panjangnye naip... ok jom sambung..

10 Feb 2015 (Selasa) jam 1115 pagi Jesin call aku suruh submit semula Dokumen BPP tu sbb ada page aku tak sign. Mukasurat 6.  Aduh kena hantar semula.. Mujur haitu print 2 set.

Hari Khamis 12 Feb 2015 jam 1630pm aku submit lagi sekali dekat Miss Lim. Hadoiii... 12 Mac le jawapnya boleh tahu result ni.. tersiksa woooii! Ingat 1 Mac 2015 dah boleh dengar berita gembira... prfftt.. tapi 3.3.2015 jam 430pm aku dapat sms dari BPP. Dorang suruh hantar SST dengan segera. SST pon aku tak dapat lagi camna? aku tanya member aku pasal sms tu, dorang cakap sms sahaja, tunggu surat la.. hehehe.. ok sabarr.. sepanjang bulan 1 dan 2 tu aku asyik tanya je kat opismate, boleh lulus ke loan aku tu.. dorang cakap insyaallah lulus.. nanti kalo boleh upload sms tu aku update kat bawah ni. insyaallah..



9 Mac 2015 (Isnin) jam 8am aku dapat surat dari BPP. Memo mengatakan pinjaman perumahan kerajaan aku telah lulus bersama - sama SST. Dah siap cop Ketua Jabatan untuk sign. Pihak Jesin pon ada call hari yang sama. Dan SST form tu berjaya aku submit kat Jesin haitu jugak jam 3pm. Alhamdulillah.. rasa macam nak menangis baca memo kat atas ni..

So, sekarang ni tunggu umah siap bulan 10/2016.. Dijangka dapat kunci bulan 8 dan loan rumah start potong bulan 8 jugak.. Rumah contoh boleh tengok bulan 4/2015.. kiranya aku beli rumah atas track record company dan yakin kat kemampuan dorang. Syukur atas nikmat ni.

~ Alhamdulillah ~