Ads Top

Jemputan Konvokesyen UiTM Ke-82


SMS Jemputan Konvokesyen UiTM Ke-82






Petang 18 Mac 2015 dalam jam 2.30 camtu aku terima sms daripada UiTM pasal konvo.Alhamdulillah... lega!  Bukan apa, dok masuk website khas utk Konvo UiTM tu memanjang boleh semak untuk Konvo ke-81 punya.. risau jugak takut terlepas tarikh bersejarah tu.. mujur henpon dok maintain nombor lama lagi ;-) baru boleh terima sms ni.


Konvo bulan 5 ni.
Macam tak percaya.. Alhamdulillah Ya Allah..


Teringat balik masa mula-mula nak sambung belajar haitu.


Dapat keja tahun 2005. Kawin 2006. Pi keja balik keja pejam celik pejam celik dah tahun 2010. Keja macam tu jugak, pangkat tak naik-naik.. huhuhu (kerja gomen ni kena apply KPSL jadi payah cikit nak naik).  umur pulak makin bertambah..  fikir2, cepatnya masa berlalu.. 


4 TAHUN berlalu tanpa ada apa-apa perubahan yang membanggakan dalam hidup aku. balik keja masak, cuti-cuti jaga anak.. eh, takkan nak macam ni sampai anak besar kot? nak buka bisnes modal takda, ilmu pon takda, mentor pon xda.. pastu rasa rindu nak study balik pun ada. fikir2, sambung study lah!hehe..


Apply masuk U dapat.. 
Apply UiTM sebab minat dengan UiTM tak tahu kenapa.. tapi ada dengar UiTM ni silibus dia bagus.. Belajar dalam BI.. Yuran pon murah. Yuran semester pertama RM1300++ kalo tak silap. Yang ni sebab utama sebenarnya aku pilih UiTM.


Setiap sebulan sekali kadang-kadang 2 kali sebulan aku pegi seminar/kelas.. Mula-mula daftar dalam kelas ada 6 lelaki 6 perempuan. Lecturer Akaun amik kelas pagi kul 8.30-10.30 belanja nasi lemak dengan air kotak bawak masuk kelas. Terbaik lah Puan Sazilah binti Mohd Saad.. kat mana boleh dapat lecturer prihatin macam ni? 


Time exam pulak, tetiba sorang member lelaki sms dia tak amik exam sebab rasa tak boleh pi dengan paper akaun. la..kenapa tak cuba dulu? Masuk sem dua tinggal 10 orang kot.. last-last bila sem 8 dah tinggal 5 orang je.. kalo ikutkan batch/pengambilan aku ada 6 tapi sorang extend masa sem3 sebab sakit.


Tapi memang kami closed gila lah.. ambil berat masing-masing.. makan pon sama-sama gilir-gilir kereta. Heaven sangat study e-pjj ni!


Now dah habis study dan nak konvo dah pun.. ingat nak study amik degree pulak lepas ni. Insyaallah.


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.